Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Warga KKMM Perlu Siap...

KUALA LUMPUR - Warga Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) perlu membuat persiapan rapi...

4 Anggota Polis Didakwa...

KOTA KINABALU - Empat anggota polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Al-Fatihah.. Ibu Awie Meninggal...

Allahyarham Azizah Abd Hamid, 75, ibu kepada penyanyi dan pelakon Awie, menghembuskan nafasnya...

Jualan Sentuhan Rakyat Di...

TEMERLOH - Program Jualan Sentuhan Rakyat bagi Parlimen Temerloh mencatatkan jumlah jualan tertinggi...

Sunway Iskandar XPark Mampu Tarik Pelancong

JOHOR BAHRU – Sunway Iskandar XPark, sebuah taman tema sukan ekstrem yang dibina di Iskandar Puteri, di sini, diyakini mampu menarik ramai pelancong dari luar dan dalam negara yang meminati sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan Johor Datuk Tee Siew Kiong berkata Sunway Iskandar XPark bakal menjadi tarikan terbaharu di negeri ini selain taman tema berorientasikan rekreasi dan kekeluargaan yang sudah ada di negeri ini.

“Dengan adanya taman tema sukan ekstrem yang bertaraf antarabangsa ini, ia menjadikan Johor sebagai destinasi utama yang paling sesuai bagi penganjuran aktiviti sukan ekstrem peringkat antarabangsa, berpandukan Pelan Induk Pelancongan Negeri Johor yang mahu Johor menjadi destinasi pelancongan bernilai tinggi menjelang 2023,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pecah tanah taman itu di sini hari ini.

Tee berkata Sunway Iskandar XPark yang dijangka beroperasi akhir tahun depan, berkeluasan 12.8 hektar dengan nilai pelaburan RM20 juta bagi fasa pertama.

Beliau berkata pemaju hartanah, Sunway Iskandar membuat keputusan tepat untuk melabur di Wilayah Iskandar Malaysia yang kini merupakan antara koridor pembangunan ekonomi paling berjaya di Malaysia.

Katanya pembinaan projek itu juga menepati hala tuju Iskandar Malaysia sebagai sebuah metropolis bertaraf antarabangsa.


Menurut Tee, taman tema sukan ekstrem berkenaan bakal menawarkan pelbagai aktiviti sukan ekstrem dan sukan air kepada warga Johor seperti sukan permotoran, basikal, meredah hutan dengan menaiki All Terrain Vehicles (ATV) dan daki tembok.

Ia juga mempunyai kemudahan bagi sukan futsal, badminton dan tapak perkhemahan.

“Saya percaya Sunway Iskandar XPark ini bakal menarik ramai pelawat khususnya peminat ekstrem tidak kira aktiviti sukan bermotor atau tidak bermotor di negeri ini,” katanya. – BERNAMA

Kategori