Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SPR Digesa Larang PH...

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa menyatakan larangan terhadap kerajaan Johor...

SKMM, Polis Diminta Siasat...

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) diminta untuk menyiasat...

SPR Perkenal Kamera Rakam...

PETALING JAYA - Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan memperkenalkan penggunaan kamera video di...

Teliti Harumanis Elak Menjadi...

KUALA PERLIS - Jabatan Pertanian Perlis menasihatkan orang ramai supaya lebih teliti ketika...

Susu Formula: Selamat Tapi Kualiti Tak Capai Standard

PUTRAJAYA – Hasil analisis Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap susu rumusan bayi yang dirampas di Johor mendapati produk tersebut selamat digunakan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata KKM melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan bekerjasama rapat dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) telah mengambil sampel produk yang dirampas kerana disyaki menggunakan cap dagangan tiruan untuk dianalisis.

“Sampel produk tersebut kemudiannya dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan bawah kementerian dan Jabatan Kimia Malaysia bagi mengesahkan keselamatan produk. Hasil analisis mendapati produk tersebut adalah selamat.

“Bagaimanapun produk itu tidak mencapai standard kualiti yang ditetapkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 mengikut Akta Makanan 1983 iaitu dari segi kandungan lemak,” katanya.

Pada 10 Disember lalu, KPDNKK Johor telah merampas 210 kotak susu rumusan bayi bernilai RM42,000 yang disyaki tiruan di lima lokasi berbeza di Johor Bahru.


Dr. Noor Hisham berkata KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna.

Sehubungan itu, beliau menyaran sebarang kemusykilan berhubung isu keselamatan makanan, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri terdekat atau melalui laman sesawang moh.spab.gov.my atau facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) www.facebook.com/bkkmhq. – BERNAMA

Kategori