ALHAMDULILLAH… Tahniah diucapkan kepada pelakon, Fizo Omar dan isteri, Mawar di atas kelahiran puteri sulung mereka semalam (Jumaat)!
Menerusi posting selebriti itu, Fizo melahirkan rasa bersyukur kerana dikurniakan anak perempuan hasil perkahwinannya dengan Mawar Abdul Karim atau lebih mesra disapa sebagai Mawar.
Menurut Fizo, bayi perempuan mereka yang seberat 2.78 kilogram itu selamat dilahirkan secara pembedahan di Pusat Perubatan Pantai Kuala Lumpur, Petaling Jaya kira-kira jam 4.01 petang.
“Alhamdulillah syukur. Mawar selamat melahirkan anak perempuan seberat 2.78 kilogram pada jam 4.01 petang tadi (Jumaat). Terima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” tulisnya menerusi posting berkenaan.
Dalam pada itu, Fizo bagaimanapun bersyukur kerana segalanya berjalan lancar dan gembira akan kehadiran puteri comel itu yang semestinya bakal menyerikan lagi rumah tangga mereka yang dibina sejak 10 November 2013. – MYNEWSHUB.CC/AM