Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Ganggu Main Mahjong, Ibu...

BEIJING - Seorang wanita dituduh mengurung anak lelakinya berusia tiga tahun di dalam...

8 Isu Pokok Jadi...

KONTROVERSI yang menyelubungi Kumpulan Pelaburan Darul Ehsan (DEIG) yang cuma menggunakan modal berbayar...

50 Orang Awam Terperangkap...

JELEBU: Seramai 50 orang awam yang terperangkap dan terputus bekalan makanan serta ubatan...

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding...

KUALA LUMPUR - Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US dalam sesi awal hari...

Tahniah! Hafiz Suip Kini Sudah Bergelar Bapa

KUALA LUMPUR – Penyanyi, Mohd. Hafiz Mohd. Suip kini bergelar bapa selepas menyambut bayi lelaki pertama yang selamat dilahirkan isterinya, Nureffy Jesreel Abdullah.

Juara program realiti Akademi Fantasia musim ketujuh pada 2009 itu memaklumkan berita gembira itu menerusi akaun Instagramnya berserta sekeping gambar kaki bayi sulungnya yang dilahirkan pada pukul 8.06 pagi Ahad.

“Saya bersyukur di atas kurniaan cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan ini juga adalah hadiah pembuka tirai tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini.

“Jutaan terima kasih kepada isteri tersayang kerana memberikan kenangan yang terindah dan sangat bernilai tahun ini,” jelas artis yang berusia 27 tahun dan berasal dari Kuching, Sarawak itu.


Hafiz yang pernah popular menerusi lagu Awan Nano itu mendirikan rumah tangga bersama-sama dengan Nureffy, 24, pada 14 Mei tahun lalu di negeri kelahirannya sendiri.

Menerusi kenyataan Hafiz lagi, dia turut mengucapkan terima kasih pada ahli keluarga dan sahabat yang memberi sokongan moral buat mereka berdua. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori