Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Cengkerang iPhone 6 Untuk...

KERETA mainan Batman ke tu?Haa nanti dulu, ia sebenarnya adalah cengkerang peranti pintar.Sememangnya pilihan...

Firma Ubat Terkemuka Nama...

LOS ANGELES - Sebuah firma ubat-ubatan terkenal yang sahamnya didagangkan di bursa elit...

Zizan Nafi Twit ‘Wanita...

STATUS kisah cinta antara pelakon Zizan Razak dengan pengacara Mira Filzah masih menjadi...

Muka Cantik Cepung-Cepung, Sayang...

ADAKALANYA kita melihat kanak-kanak terkedek-kedek berjalan dengan kaki yang kengkang. Bagi kanak-kanak yang...

Taiping Daerah Ketiga Dilanda Banjir Di Perak

IPOH – Taiping menjadi daerah baharu dilanda banjir di Perak selepas Manjung dan Muallim susulan hujan lebat tanpa henti sejak beberapa hari lalu.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak, sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Taiping iaitu di Kampung Jawa Sungai Nyior, Trong yang menempatkan 21 mangsa.

Kenyataan sekretariat menyebut, setakat 1 tengah hari tadi jumlah keseluruhan mangsa banjir di Perak adalah seramai 952 orang terdiri daripada 223 keluarga.

Daerah Manjung mencatat jumlah teramai iaitu 898 dengan 438 daripadanya ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Sungai Batu, Pantai Remis; SK Datok Ishak (129); SK Nakhoda Segari (33); SK Muhammad Saman (22), manakala masing-masing 92 orang di Sekolah Agama Tebuk Yan, dewan orang ramai Batu 4 Segari dan dewan orang ramai Batu 8, Segari.

Sementara itu, seramai 33 lagi mangsa banjir adalah di daerah Muallim dengan 11 daripadanya ditempatkan di dewan orang ramai Kampung Ulu Slim, manakala 22 berada di dewan orang ramai Kampung Sungai Muda. – BERNAMA

Kategori