Thursday, January 23, 2025

Creating liberating content

Polis Kepung Tempat Kepak...

SIBU - Polis membuat kepungan sejak tengah hari semalam di tapak di mana...

Mengapa Tweet Ini Mendapat...

BAHANA kekalahan pasukan bola sepak Malaysia dalam aksi final Sukan SEA ke-29 Kuala...

Kehadiran Dr M Di...

SANDAKAN - Anggota Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatkan kehadiran...

Malaysia Hormat Keputusan Singapura...

KUALA LUMPUR - Malaysia menghormati keputusan Singapura memperkenalkan Caj Jalan Raya Timbal Balas...

Taiwan Catat Rekod Pelangi Paling Lama Di Dunia

TAIPEI – Anugerah dari langit. Begitulah kata-kata seorang profesor di Taiwan apabila beliau menyifatkan keunikan pelangi yang menurutnya sebagai paling lama bertahan di dunia setakat ini.

Pelangi tersebut dikatakan bertahan selama lapan jam dan 58 minit – dari 6.57 pagi hingga 3.55 petang pada akhir bulan lalu – berdasarkan rakaman dua profesor Universiti Budaya China (CCU) menurut laporan Taiwan News.

Chou Kun-hsuan dan Liu Ching-huang dari Jabatan Sains Atmosfera CCU kini sedang berusaha gigih mengumpul segala bukti kukuh untuk diserahkan dalam permohonan rasmi bagi pengiktirafan rekod dunia Guinness.

Menurut portal berita antarabangsa BBC, sekiranya diluluskan, ia bakal memecah rekod lama sebelum ini yang pernah mencatat tampakan pelangi selama enam jam di Yorkshire, England pada 14 Mac 1994 lalu.

Kali ini pula, lebih 10,000 imej foto dipetik dari dalam jabatan mereka dengan banyak lagi daripada penuntut dimohon selepas empat jam pelangi itu bertahan untuk merakamkan gambar dari sudut yang berbeza.

Kedua-dua pensyarah CCU tersebut kemudian memuat naik ribuan foto eksklusif itu menerusi laman Facebook rasmi universiti berkenaan sehingga menjadi tular dalam kalangan netizen tempatan dan antarabangsa.

Lebih menarik lagi, pada hari sebelumnya, secara kebetulan mereka berjaya memantau satu pelangi yang terhasil apabila ia melepasi rekod dunia enam jam sebelum itu yang dicatatkan di Britain lebih dua dekad lalu.


Justeru, para profesor jabatan berkenaan sudahpun menyediakan sejumlah peranti yang bersesuaian untuk memantau penghasilan pelangi berlaku sehari selepasnya iaitu pada 30 November lepas.

“Apabila kami memecah rekod selepas menjangkaui enam jam, saya susah untuk duduk dan makan tengah hari. Saya berasa sangat teruja,” kata Kun-hsuan yang dipetik media setempat baru-baru ini.

Beliau turut menjelaskan kepada Taiwan News bahawa musim monsun yang datang dari kawasan timur laut memerangkap kelembapan di udara sekali gus membolehkan pelangi untuk bertahan dengan agak lama.

Kelembapan tersebut, berserta dengan hujan ringan yang tetap dan angin yang bertiup perlahan merupakan ciri-ciri yang terbaik bagi kemunculan pelangi di kawasan berkenaan. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori