Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Gelombang Ketiga Landa Indonesia,...

JAKARTA: Kes baharu positif Covid-19 di Indonesia melonjak kepada 16,021 hari ini dengan...

Kabinet Setuju Keputusan Haramkan...

PUTRAJAYA - Kabinet bersetuju dengan keputusan Kementerian Pengangkutan untuk mengharamkan perkhidmatan teksi motosikal...

Rosly Mula Tugas Sebagai...

PUTRAJAYA - Pemangku ACP Rosly Hassan memulakan tugas sebagai Ketua Polis Daerah Putrajaya...

Perak Sentiasa Tingkat Usaha...

IPOH - Kerajaan Perak akan sentiasa meningkatkan usaha menjaga dan memelihara Pulau Sembilan...

Tak Sesuai Untuk Kanser, Elyana Nafi Minum Pamoga

PADA konsert kelima Gegar Vaganza 4 (GV4) yang lalu, industri hiburan dikejutkan dengan perkhabaran penyakit kanser limfoma yang dialami oleh penyanyi dan pelakon, Elyana.

Baca: Tersingkir Gegar Vaganza, Elyana Umum Hidap Kanser

Datuk Seri Vida selaku penaja utama program berkenaan telah menemu bual Elyana sejurus konsert tersebut dan menyatakan minuman Pamoga juga mampu untuk membantu pesakit kanser.

Katanya, kanser tahap empat boleh diturunkan menjadi kanser tahap dua dengan hanya minum Pamoga.

“Ramai yang hidap kanser, dah minum Pamoga. Bukan saya cakap Pamoga penyembuh, masih kena pergi buat rawatan. Tapi daripada tahap empat boleh bertukar kepada dua,” kata Vida dalam aplikasi Live yang dibuatnya.

Sebagai menghormati Vida, Elyana menyatakan yang dia turut mengambil minuman berkenaan apabila disoal Vida. Katanya, dia mengambil minuman itu sebanyak tiga kali sehari iaitu pada waktu pagi, tengah hari dan malam.

“Cuba. Saya cuba Pamoga. Tenaga bertambah, sebab itu saya ambil pagi, tengah hari dan malam,” kata Elyana menerusi aplikasi Live tersebut.

Namun, menerusi aplikasi Live di Instagram baru-baru ini, penyanyi berusia 30 tahun itu menafikan yang dia pernah minum minuman keluaran jutawan kosmetik tersebut.

Kenyataan itu dibuat Elyana apabila ada netizen yang keliru dengan kenyataan yang dikeluarkan usahawan wanita terkenal berkenaan.

Menurut pelantun suara bagi lagu Tak Tercapai Akalmu ini, dia menjelaskan minuman Pamoga tidak sesuai untuk pesakit kanser kerana kandungan gula yang terdapat dalam minuman tersebut.


“Tak elok untuk penyakit kanser sebab dia ada gamat dan gula. Manis sangat. Orang yang cakap. Saya tak tahu, saya tak pernah cuba. Hari itu akak cakap minum sebab biasalah depan kamera.

“Orang berbudi, kita berbahasa. Tapi memandangkan orang tidak berbudi, cuma dia beri bahasa dekat saya, jadi saya nak berterus terang di sini. Saya tidak minum (Pamoga),” katanya.

Menurut satu portal hiburan tempatan, ‘perbalahan’ yang tercetus itu disebabkan ketidakpuasan hati Vida mengenai keputusan Anugerah Gelora Vida Vaganza yang sering berpihak kepada Elyana.

Terdapat pihak yang menyatakan Elyana menggunakan program auto-like bagi membolehkannya memenangi kategori like terbanyak di Instagram Vida.

“Akak cakap macam tu sebab nak tolong, tapi kalau dia pun cakap saya macam-macam, tak kuasalah aku nak menolong orang macam tu,” katanya lagi.

Elyana telah mendapat Anugerah Gelora Vida Vaganza pada minggu pertama, kedua, keempat dan kelima walaupun minggu itu Elyana tersingkir.

Dalam pada itu, Elyana turut menasihati pesakit-pesakit kanser untuk mencari produk yang tidak mempunyai gamat dan kandungan gula yang rendah. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori