Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Video: Kejamnya…. Ibu Seret...

MEDIA sosial Indonesia sejak minggu lalu dikejutkan dengan satu rakaman tular menunjukkan seorang...

Johor & Malaysia Bukan...

KUALA LUMPUR - Malaysia berterima kasih kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar...

Bapa, Adik Salman Abedi...

TRIPOLI - Bapa kepada pengebom nekad yang mengorbankan 22 penonton konsert di Manchester...

Muhyiddin Tak Terbabit Keputusan...

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan bahawa beliau tidak...

Tak Tukar Cadar, Ratusan Kutu Hama ‘Tinggal’ Di Mata

ORANG kata kebersihan melambangkan keperibadian seseorang. Kebersihan juga penting bagi menghindari diri seseorang daripada dijangkiti sebarang penyakit.

Namun, baru-baru ini, akibat sikap tidak ambil kisah seorang wanita telah mendatangkan kemudaratan kepada dirinya sendiri.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Xu dari Hubei, China terpaksa mendapatkan rawatan apabila matanya mengalami bengkak dan terlalu kering.

Menurut laporan World Of Buzz, wanita tersebut telah mengalami kegatalan dan kemerahan di matanya sejak dua tahun yang lalu. Namun, Hu hanya menggunakan ubat mata biasa untuk menghilangkan rasa kurang selesa itu.

Tetapi, dua minggu yang lalu, keadaan matanya semakin teruk dan keadaan itu memaksa keluarga Hu menghantarnya ke hospital.

Menurut pemeriksaan doktor, terdapat banyak kutu hama yang memenuhi bulu matanya yang menyebabkan bulu mata Xu melekat dan ‘berkumpul’.

Doktor tersebut turut menggunakan mikroskop untuk melihat keadaan mata Xu dan terkejut apabila mendapati terdapat lebih 10 ekor kutu hama di setiap helaian bulu matanya.

Doktor yang merawatnya mengganggarkan lebih 100 ekor kutu hama yang ‘tinggal’ di setiap mata wanita itu.


Xu disahkan menghidap konjungtivitis dan blefaritis iaitu keradangan di bahagian kelopak mata kerana jangkitan bakteria yang disebabkan oleh bahan buangan kutu tersebut.

Dalam pada itu, Xu mengakui dia tidak pernah menukar cadar bantalnya sejak lima tahun yang lalu sekaligus membuatkan kutu tersebut ‘berpindah’ ke bulu matanya.

Doktor turut mengesahkan keadaan itu berlaku kerana kurang pengedaran udara dalam bilik tidurnya.

Bagaimanapun, keadaan Xu dilaporkan semakin baik selepas mendapatkan rawatan daripada doktor. – MYNEWSHUB.CC/SA

*Video sekadar hiasan…

Kategori