Saturday, October 26, 2024

Creating liberating content

Zayn Malik Bercinta Dengan...

GAMBAR terbaharu yang dikongsikan bekas ahli kumpulan One Direction, Zayn Malik di laman...

Anjing Gemuk Jadi Kurus...

Ohio – Seekor anjing yang gemuk kerana suka makan burger dan pizza, berjaya...

60 – 70 Penagih...

KUALA LUMPUR - Secara purata antara 60 dan 70 orang di negara ini...

Kerjasama PAS, UMNO Untuk...

KUALA LUMPUR - UMNO membuat ketetapan untuk meningkatkan kerjasama dengan PAS ke tahap...

Takaful Malaysia, Ambank Islamic Meterai Bancatakaful

KUALA LUMPUR – Syarikat Takaful Malaysia Bhd memeterai perkongsian bancatakaful strategik dengan AmBank Islamic Bhd untuk menyediakan akses Takaful Malaysia bagi memasarkan produk takaful amnya kepada pelanggan AmBank Islamic di seluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Takaful Malaysia Datuk Seri Mohamed Hassan Kamil berkata sebagai perintis dalam industri takaful, mereka menumpukan kepada peluang untuk membawakan penyelesaian am dan teknologi digital utamanya bagi memenuhi keperluan pelanggan AmBank Islamic yang semakin berkembang.

“Perkongsian ini tepat pada masa bagi kedua-dua Takaful Malaysia dan AmBank Islamic untuk mewujudkan nilai bagi pelanggan, kakitangan dan pemegang saham kami.

“Kami menggabungkan kepakaran kami dalam menyediakan produk takaful berkualiti tinggi dengan rangkaian pengedaran meluas AmBank Islamic bagi menawarkan kepada pengguna akses mudah kepada penyelesaian takaful untuk keperluan perlindungan mereka,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif AmBank Islamic Eqhwan Mokhzanee berkata perkongsian itu sudah pastinya akan meningkatkan portfolio perniagaan takafulnya dan mengukuhkan lagi kedudukan bank tersebut sebagai penyedia penyelesaian kewangan Islam pilihan.


Pada peringkat perkongsian awal, AmBank Islamic akan mengedarkan produk takaful am bagi motor, kebakaran/rumah dan kemalangan peribadi. Ini akan diedarkan menerusi saluran pengedaran AmBank Islamic di seluruh negara.

Kerjasama itu, yang bermula pada 5 Sept, 2017, juga akan menyaksikan kedua-dua syarikat bekerjasama mempromosikan penyelesaian takaful am baharu yang disesuaikan dengan pelanggan AmBank Islamic. – BERNAMA

Kategori