Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Warga Felda Bantah Pihak...

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Perunding Peneroka (JKPP) mewakili lebih dua juta warga Felda...

1.27 Juta Tandatangan Deklarasi...

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Cabang PKR Rembau, Badrul Hisham Shaharin atau Chegubard...

Esscom Hantar Kertas Cadangan...

LAHAD DATU - Kertas cadangan mengenai pewujudan pusat pemeriksaan di laut di Zon...

Meninggal Dunia Selepas Tonton...

KUANTAN - Seorang warga emas meninggal dunia selepas pengsan semasa menyaksikan perlawanan bola...

Takziah… ADUN Lepar Meninggal Dunia Pagi Ini

KUANTAN – Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pahang kawasan Lepar, Datuk Mohd Shohaimi Jusoh, 55, meninggal dunia di rumahnya di Sungai Isap Damai, di sini, awal pagi ini.

Anggota Parlimen Paya Besar, Datuk Seri Abdul Manan Ismail berkata beliau dimaklumkan berita itu oleh pegawai arwah kira-kira 3.55 pagi dan amat terkejut kerana mereka baharu berjumpa pada Jumaat lepas.

Katanya mereka bersama menghadiri program sumbangan Jom ke Sekolah oleh Yayasan Felda peringkat Parlimen Paya Besar dan arwah tidak kelihatan sakit walaupun demam beberapa hari sebelumnya.

“Saya bertanya jika arwah sudah sihat dan beliau menjawab demamnya sudah kebah. Saya hanya tahu arwah ada penyakit kencing manis.

“Malam semalam juga ada kawan-kawan telefon beritahu arwah mengajak sesi mengeteh di warung berhampiran rumahnya, yang merupakan kebiasaan arwah pada waktu malam.


“Bagaimanapun tiba-tiba arwah batalkan hasrat itu dan beritahu tak apa, kita jumpa malam lain,” katanya semasa dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Abdul Manan berkata jenazah akan dibawa ke Masjid Sungai Isap pada 11 pagi ini untuk dimandi dan dikafankan sebelum dikebumi di Tanah Perkuburan Islam Kampung Sri Fajar, Gambang di sini sebelum zolat Zohor. – BERNAMA

Kategori