Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Polis Nafi Tutup Kes...

IPOH - Polis Perak menafikan dakwaan kononnya siasatan kes rogol pembantu rumah warga...

Cabaran Seminggu Hidup Dalam...

PARIS - Seorang artis Perancis memulakan cabaran baharu dengan mengurung dirinya dalam batu...

96 Kematian COVID-19 Dicatat...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 96 kematian dilaporkan berlaku dalam negara akibat jangkitan COVID-19...

Ahli Bina Badan 55...

SEORANG ahli bina badan kelahiran Vietnam berusia 55 tahun digelar sebagai 'Master Roshi'...

Teknologi Pulihara Spesies Hidupan Liar Terancam

KOTA KINABALU – Jabatan Hidupan Liar Sabah, dengan sokongan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, telah memperkenalkan program berkaitan penggunaan teknologi pembiakan termaju bagi memulihara spesies hidupan liar terancam di negeri ini.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata inisiatif penting negara di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 itu bermula pada 2010.

“Kami lantik sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Borneo Rhino Alliance (BORA), untuk membantu kami dan kini mereka mempunyai dua doktor veterinar, seorang juruteknik makmal serta dua pelajar penyelidikan yang dibayar gaji dan penjaga badak mereka,ā€ katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menyatakan demikian sebagai mengulas artikel dalam sebuah portal berita baru-baru ini yang memetik dua pakar hidupan liar berpejabat di Sabah sebagai berkata mereka bimbang tentang kedudukan hidupan liar terancam, termasuk badak Sumatra, banteng, gajah, beruang madu, orang-utan dan tenggiling, di negeri ini.

Menurut Tuuga, antara rakan jabatan itu dalam program berkenaan ialah Fakulti Pertanian Lestari, Universiti Malaysia Sabah di Sandakan, di mana sebuah makmal teknologi pembiakan termaju sedang dibina, di samping Leibniz Institute for Zoo and Wildlife Research (Jerman), Institiut Bioteknologi Agro Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Kuantan.

Katanya, institusi pengkhususan yang turut membantu pelaksanaan program itu termasuk Morula IVF dari Indonesia, Avantea (Itali) dan Zoological Park Association of Thailand.

Berhubung penggunaan teknologi pembiakan termaju melibatkan spesies terancam seperti badak, Tuuga berkata genom kesemua empat badak Sumatra yang masih wujud di Malaysia disimpan di dalam kultur sel hidup di dalam dan luar negara.


Katanya, sebagai contoh, Puntung, badak betina yang dimatikan pada Jun 2017, masih ā€œhidupā€ di dalam kultur sel di Malaysia.

“Kami sedang membina kepakaran Malaysia dalam bidang kemahiran penting lain seperti melakukan anestasia umum secara selamat terhadap mamalia besar, mengumpul mani dan telur serta penyuburan vitro. Mani beruang madu dan beruk dikumpul dan disimpan dalam nitrogen cair pada 2017.

“Perkara sama akan dilakukan bagi harimau bintang dan monyet proboscis pada 2018,” katanya.

Tuuga juga berkata banteng Borneo atau tembadau, spesies hidupan liar paling teruk terancam di Sabah selepas badak, merupakan spesies yang sesuai dibiak di dalam kandang dan melalui penggunaan teknologi pembiakan termaju. – BERNAMA

Kategori