Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Umpama Memancing Ikan Haruan…

KALAU pemancing ikan darat di parit, haruan pastinya satu pilihan yang sentiasa menarik...

Apa Tujuan Sebenar Azmin...

KUALA LUMPUR - Keputusan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengekalkan...

Facebook Provoke Penyokong Vietnam...

Betullah kata pepatah, kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga!Mana taknya, kerana segelintir penyokong...

Kementerian Pertahanan Jamin Kepentingan...

KUALA LUMPUR - Kementerian Pertahanan memberi jaminan kepentingan pencarum Lembaga Tabung Angkatan Tentera...

Telan Besi Untuk Tingkat Zat Besi!

SEORANG wanita tua di Russia, menelan 152 objek besi, termasuk paku dan skru kerana menyangka ia boleh meningkatkan zat besi dalam tubuhnya.

Penemuan mengejutkan itu disedari kakitangan hospital di Ulan-Ude di Republik Semashko berhampiran sempadan Mongolia, melakukan imbasan X-ray terhadap wanita dikenali sebagai Nina, 74, selepas dia mengadu badannya panas.

Menurut Daily Mail, pembedahan dilakukan bagi mengeluarkan semua objek itu, antaranya paku dan skru panjang, penahan pintu serta besi sekerap berukuran 15 sentimeter (sm).

Malah wanita itu yang turut menelan satu rantai perak, memberitahu doktor dia kekurangan darah dan kandungan zat besi dalam tubuhnya akan bertambah jika menelan besi.

Kakitangan hospital memberitahu media tempatan, Nina mula menelan besi sejak 14 tahun lalu.


Menurut doktor, wanita itu tidak mengalami sebarang kecederaan serius dalam perut atau tekaknya. – Agensi/myMetro Online

Kategori