Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

Rafizi Tetap Nak Demo...

Dah namanya pembangkang, maka kerjanya adalah membangkang.Itulah yang boleh dikatakan terhadap kenyataan terbaharu...

Wanita Parah Kereta Jatuh...

GEORGE TOWN - Seorang wanita cedera parah apabila kereta yang dipandunya merempuh dinding...

Singapura Pasang Peranti Di...

SINGAPURA - Peranti pintar yang mengukur jumlah air digunakan semasa mandi akan dipasang...

Tema Perpaduan Ummah Kekal...

KUALA LUMPUR - Tema perpaduan ummah yang akan diangkat dalam projek kerjasama UMNO...

Tender Terminal Feri Kuala Kedah Dibuka Awal 2018

TANJUNG DAWAI – Tender bagi kerja-kerja menaik taraf Terminal Feri Kuala Kedah dekat Alor Setar dijangka dibuka awal tahun depan, kata Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pengangkutan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk Tajul Urus Mat Zain.

Beliau berkata sehubungan itu, kerja-kerja menaik taraf terminal berkenaan mungkin bermula selepas urusan pelantikan kontraktor menguruskan projek itu selesai.

“Sekarang peringkat bagi tender…peruntukan sudah ada. Kemungkinan kerja naik taraf berlangsung awal tahun depan,” katanya kepada pemberita selepas menyerahkan elaun sara hidup kepada 904 nelayan daripada Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tanjung Dawai di sini, hari ini.

Tajul Urus yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai itu berkata demikian ketika diminta mengulas perkembangan terkini projek menaik taraf terminal itu, yang merupakan antara manifesto Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Ketika melawat terminal itu pada Mac lepas, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengumumkan peruntukan sebanyak RM208 juta bagi kerja-kerja menaik taraf terminal itu untuk memberikan keselesaan kepada para penumpang.

Liow dipetik sebagai berkata kerja menaik taraf terminal itu akan melibatkan tiga fasa iaitu pembesaran jeti penumpang, jeti kargo serta jeti pengangkut kenderaan.


Ditanya mengapa kerajaan negeri mengambil masa lama untuk melaksanakan kerja menaik taraf itu, Tajul Urus berkata pelaksanaan projek menaik taraf terminal itu tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa kerana banyak aspek yang perlu diteliti terlebih dahulu termasuk kajian untuk memindahkan terminal itu di kawasan lain.

Bagaimanapun, katanya hasil kajian Jabatan Laut mendapati tiada lagi kawasan lain yang lebih sesuai melainkan lokasi sedia ada di Kuala Kedah.

“Akhirnya, kita kekalkan lokasi jeti ini di kawasan sedia ada di Kuala Kedah…pelaksanaan projek menaik taraf ini pasti berjalan kerana peruntukan bagi tujuan itu sudah ada,” katanya. – BERNAMA

Kategori