Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

AMANAH Johor Sudah Lengkapkan...

JOHOR BAHRU : Parti Amanah Negara (AMANAH) Johor sudah melengkapkan senarai calon membabitkan...

Blogger ‘Jerawat’ Kecewa Ditolak...

SEORANG blogger kecantikan yang mempunyai muka berjerawat mendakwa telah dimalukan oleh syarikat kosmetik...

Gerakan Jatuhkan Presiden PAS...

KOTA BHARU - Gerakan untuk menjatuhkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang...

Penghormatan Google Buat Sudirman

KUALA LUMPUR - Biarpun sudah hampir 27 tahun meninggal dunia, namun permata seni...

Tentera Korea Utara Belot Cedera Ditembak Dipindah

SEOUL – Seorang tentera Korea Utara yang cedera parah selepas ditembak ketika melintasi sempadan menuju ke Korea Selatan sudah dipindahkan ke sebuah hospital tentera, kata seorang pegawai perisik Korea Selatan, hari ini.

Tentera Korea Utara, Oh Chong Song, 24, dipindahkan ke hospital tentera semalam dari pusat trauma di Hospital Universiti Ajou di selatan Seoul di mana dia dirawat akibat luka tembakan dan dua pembedahan sebelum ini.

“Oh sudah pun dipindahkan ke hospital tentera Korea Selatan dan perkhidmatan perisikan akan dijadualkan memproses soal siasat berkaitan keselamatan dengan bergantung kepada keadaan Oh,” kata pegawai perisikan memberitahu Reuters.

Beliau turut enggan memberikan jadual spesifik soal siasat berkaitan Oh itu.

Oh cedera parah selepas ditembak oleh tentera Korea Utara ketika sedang melarikan diri melintasi sempadan menuju Korea Selatan pada November lalu.


Kemudian, tiga tentera Korea Selatan yang menyelamatkan Oh membawanya menaiki sebuah helikopter tentera, Black Hawk Amerika Syarikat (AS) dan bergegas memberikan rawatan pembedahan.

“Kakitangan pembedahan di Hospital Angkatan Tentera berterusan menyediakan penjagaan dan rawatan kepada Oh,” kata seorang pegawai Kementerian Pertahanan Korea Selatan. – Reuters/BH ONLINE

Kategori