Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Penarafan Petronas Jatuh, Rekod...

KUALA LUMPUR – Penurunan penarafan Petronas dari A1 kepada A2 oleh Moody’s Investors...

Tumbuk Hidung Isteri Hingga...

KOTA BHARU: Penoreh getah yang menumbuk hidung isterinya hingga koyak menerima balasan setimpal...

Orang Melayu, Islam Berhak...

PETALING JAYA - Orang Melayu dan Islam berhak mengadakan himpunan jika merasakan kedudukan...

2 Remaja Maut Kemalangan...

BAHAU - Dua remaja lelaki maut selepas motosikal yang mereka naiki bertembung dengan...

Terengganu Mulakan Program ‘My Bus’ Tahun Depan

KUALA TERENGGANU – Program Transformasi Bas Henti-Henti yang menawarkan tambang lebih murah akan mula beroperasi di Terengganu pada tahun depan dengan 32 buah bas sebagai permulaan, persidangan Dewan Undangan Negeri Terengganu diberitahu hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau negeri Rosli Othman berkata program itu dikendalikan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) dalam usaha memberi kemudahan pengangkutan yang selesa kepada penduduk di Terengganu.

“Terdapat 32 bas akan beroperasi melalui program ini yang dikenali sebagai My Bus. Ia akan menggunakan sembilan laluan yang menghubungkan Kuala Terengganu ke beberapa destinasi di Kuala Nerus, Marang dan Hulu Terengganu.

“Daripada jumlah itu, terdapat lapan bas elektrik akan beroperasi di kawasan tumpuan orang ramai sekitar bandaraya Kuala Terengganu termasuk Hospital Sultanah Nur Zahirah,” katanya menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN-Air Putih).


Menjawab soalan tambahan Satiful Bahari Mamat (PAS-Paka) mengenai nasib syarikat bas henti-henti sedia ada apabila My Bus beroperasi nanti, Rosli berkata syarikat bas terbabit turut dibawa berbincang dalam mesyuarat untuk melaksanakan program tersebut namun perinciannya belum dimuktamadkan. – BERNAMA

  • Lagi berita berkaitan:
  • MyBas

Kategori