Saturday, January 25, 2025

Creating liberating content

WHO Sedia Bantu Korea...

GENEVA – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) memaklumkan bahawa agensi itu komited dalam membantu...

Banjir: FAMA Agih Barangan...

KUALA TERENGGANU - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) mengagihkan bantuan barangan bernilai RM1,000...

Didik Pelaburan Utama Pemacu...

SINTOK - Bidang pendidikan merupakan pelaburan terbesar kerajaan dalam memacu pembangunan negara pada...

Kementerian Tak Keluarkan ‘Ranking’...

PUTRAJAYA : Kementerian Pendidikan (KPM) tidak pernah mengeluarkan sebarang senarai kedudukan sekolah terbaik...

Terkandas Di Korea: Den Wahab, Aziz M. Osman Ditipu

BAGAIKAN ‘musim’ pula apabila kebelakangan ini ramai artis dan selebriti yang ditipu oleh orang yang pada awalnya dianggap boleh dipercayai. Dan nilai yang ditipu itu pula bukanlah kecil anak!

Terdahulu, pelakon Aeril Zafrel dan Rozita Che Wan dilaporkan telah ditipu sehingga mencecah RM100,000 oleh individu sama yang bergelar Datuk.

Baca: Hati-Hati Dengan Munafik: Aeril Zafrel

Juga: Rugi RM50,000, Che Ta Pula Mangsa Tipu Datuk

Lagi: “Saya Hanya Mahu Tuntut Hak Saya” – Aeril Zafrel

Kali ini pelakon, Den Wahab dan pengarah, Aziz M Osman pula menjadi mangsa penipuan.

Khabarnya, mereka ditipu oleh individu yang mengaku sebagai wakil agensi pelancongan yang menguruskan percutian kedua-dua keluarga ke Korea Selatan baru-baru ini.

Menurut Den, rombongan mereka itu mengalami kerugian sehingga lebih RM50,000 dan terkandas di sana kerana pembayaran penginapan, pengangkutan dan aktiviti percutian gagal diselesaikan.

“Kami tiba di sini pada Ahad lalu. Namun, masalah timbul hari ini (Selasa) apabila isteri Aziz M Osman, Lily Lokman memaklumkan bayaran memasuki taman tema belum dibuat.

“Dari situ segalanya terbongkar apabila kami dimaklumkan bayaran untuk penginapan dan pengangkutan juga belum dijelaskan kepada pihak agensi pelancongan kami,” katanya dipetik Harian Metro.

Tambah Den, Lily ada menghubungi individu berkenaan untuk mendapatkan penjelasan. Namun, hampa kerana jawapan yang diberikan tidak masuk akal dan individu berkenaan hanya membayar RM1,500 kepada agensi pelancongan.


Dalam pada itu, Ketua Pegawai Operasi Arba Travel & Tours, Ammar Shahrin menjelaskan pihaknya terpaksa menanggung kos keseluruhan rombongan selepas tiada bayaran yang diterima walaupun sudah tiga hari rombongan itu di Korea.

“Kami terpaksa menampung kos keseluruhan rombongan itu sehinggalah mereka pulang pada Khamis ini.

“Kami menegaskan bahawa ini adalah kali pertama syarikat berurusan dengan individu terbabit dan kami tidak pernah melantik dia sebagai wakil agensi kami,” katanya kepada BH Online.

Dengar-dengarnya, rombongan pelakon ini bukanlah mangsa pertama penipuan wanita tersebut kerana menurut Den ada juga kumpulan lain yang ditipu.

Den atau nama sebenarnya Zaharuddin Abdul Wahab menegaskan dia akan membuat laporan polis setibanya mereka di tanah air pada Jumaat ini. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori