Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Serang Masjid: 3 Pemimpin...

NEW DELHI - Tiga pemimpin kanan Parti Bharatiya Janata (BJP) didakwa pada Selasa...

Modal Asing Terus Mengalir...

KUALA LUMPUR - Aliran keluar modal asing daripada pasaran bon Malaysia berterusan untuk...

Masyuk! Pak Ya Jual...

BAGI pengunjung Bazar Ramadhan Desa Pandan pula, gerai popia "Pak Ya Popia Power" semestinya...

Seleweng Dana Latihan RM4...

PUTRAJAYA - Dua pegawai kanan termasuk pengarah urusan sebuah anak syarikat Felcra Berhad...

Terowong Mega Singapura 20 Tingkat Bawah Tanah

CANGGIH… Sistem terowong raksasa yang bakal melindungi keselamatan bekalan elektrik Singapura untuk tempoh 120 tahun, sudah disiapkan, lapor akhbar tempatan The Straits Times.

Projek bernilai RM2.4 bilion (RM7.1 bilion) itu bagi menambah 1,200 kilometer kabel bervoltan tinggi – lebih tiga kali ganda jarak antara Singapura dan Kuala Lumpur – merupakan antara projek tenaga paling dalam di dunia.

Jutaan penduduk Singapura akan mula memanfaatkan sumber bekalan elektrik ini secara berperingkat mulai akhir tahun depan yang dibekalkan oleh syarikat utiliti tenaga milik pemerintah republik itu, SP Group.

“Kami perlu membina 60 meter dalam disebabkan Singapura tidak mempunyai ruang. Kami tidak ada pilihan,” kata Pengarah Urusan Projek dan Infrastruktur SP Group, Michael Chin dipetik akhbar harian tersebut.

“Jika anda melihat profil Singapura, kami ada trek MRT iaitu 30 meter hingga 40 meter dalam, sistem pembetungan antara 40 meter dan 70 meter, jadi kami ‘jimat’ ruang dengan pembinaan dengan kedalaman 60 meter,” katanya.

Tiga terowong terbabit yang dinamakan sebagai Terowong Perintis Pulau Utara-Selatan, Timur-Barat dan Pulau Jurong, dengan keseluruhan projek mega itu bernilai S$2.4 bilion (S$1=RM3.03) bermula pada 2012 lalu.

Sistem terowong bawah tanah tersebut merupakan yang paling dalam pernah dibina di Singapura. Ia terletak antara 60 hingga 80 meter di bawah tanah atau sama seperti ketinggian sebuah bangunan berukuran 20 tingkat.

SP Group berkata kabel bervoltan tinggi di dalam terowong akan menggantikan lapan litar yang bergerak ke utara dan selatan atau timur dan barat di seluruh republik tersebut dibina pada dekad 1980-an lepas.

Baca: Kecoh Terowong Termahal Singapura Hujan Lebat

Ia merupakan rangkaian kabel penghantaran tertua yang masih digunakan di sini. Pemasangan kabel dalam terowong berkenaan, yang akan bermula pada awal tahun depan, dijangka siap sepenuhnya pada 2022.


Kabel pertama akan dilancarkan pada akhir tahun depan. Kira-kira 500 kilometer kabel bakal dipasang, kurang daripada separuh kapasiti terowong itu. Kerja pembinaan tiga terowong ini selesai dilakukan pada awal tahun ini.

Ia akan membekalkan kira-kira 20 peratus daripada permintaan Singapura semasa puncak, dengan tahun 2016 mencecah 7,194MW, kata The Straits Times yang memetik data terkini Pihak Berkuasa Pasaran Tenaga (EMA).

EMA juga mengunjurkan permintaan bekalan elektrik meningkat sekitar 2.0 peratus setahun. Bagaimanapun impak projek terowong terbabit ujar Chin ke atas tarif elektrik pengguna domestik dijangka kekal rendah.

“Matlamat segera terowong itu dibina adalah untuk menggantikan kabel kami yang sudah lama,” katanya. Namun, merujuk kepada jarak kabel tambahan, Chin berkata: “Kami juga memenuhi keperluan masa depan Singapura.”

Berdasarkan jaraknya, terowong mempunyai kedalaman 6 meter, kira-kira ketinggian bangunan dua tingkat, dan pada persimpangan, ia mempunyai kedalaman sehingga 11 meter – kira-kira ketinggian bangunan tiga tingkat.

Jangka hayat kabel ialah adalah selama 30 tahun. Pada asasnya, ia lebih mudah digantikan berbanding kabel yang kini di pasang di bawah jalan atau lebuh raya, yang boleh menjejaskan lalu lintas untuk kerja-kerja pemasangan.

Chin berkata memandangkan kesemuanya ditanam 30 meter di bawah tanah milik kerajaan, kabel elektrik tidak lagi perlu mengikut jalan raya dan boleh dipasang jauh di bawah hartanah pihak swasta. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Kategori