Thursday, November 28, 2024

Creating liberating content

Jaga Pukul Kekasih Dengan...

KUALA LUMPUR - Gara-gara cemburu, seorang pengawal keselamatan yang bertindak memukul bekas kekasihnya...

Lim Chee Wei Pertahan...

INCHEON - Tampil buat pertama kali di pentas Sukan Asia, atlet karate negara...

Bahasa Kerbau Pupus Sebab...

KUALA LUMPUR - Percayakah anda bahawa kerbau adalah binatang yang memahami arahan lisan...

Baca! Kronologi Kes Kemalangan...

Memasuki hari keempat kes kemalangan maut membabitkan tiga beranak di Lebuh Raya Duke,...

Thailand: 2 Maut Bas Dihanyutkan Arus Deras

NAKHON SI THAMMARAT (Thailand) – Dua mayat ditemui selepas sebuah bas dihanyutkan arus deras sebelum terbalik ke dalam parit, di Nakhon Si Thammarat malam tadi, lapor agensi berita Thailand (TNA).

Mayat berkenaan dijumpai kira-kira 300 meter dari lokasi kejadian, operasi mencari dan menyelamat mengalami kesukaran memandangkan arus air yang deras.

Lima puluh penumpang lain yang terperangkap dalam bas berjaya diselamatkan. Bas malang yang disewa dari Surat Thani itu membawa penumpang menghadiri majlis pengkebumian di daerah Tha Sala, Nakhon Si Thammarat.

Nahas berlaku ketika bas dalam perjalan pulang melalui daerah Sichon, yang dilanda hujan lebat menyebabkan bas hilang kawalan sebelum terbalik ke dalam parit.


Sebahagian laluan 401, yang menghubungkan Nakhon Si Thammarat dan Surat Thani di daerah Thasala, masih digenangi air dan tidak boleh dilalui. – BERNAMA

Kategori