Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Mahkamah Benarkan Syed Saddiq...

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memberi kebenaran kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman untuk...

Igauan Buruk Saya Gambarkan...

PETALING JAYA : Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa mengakui dukacita...

[PARLIMEN] Fasa Pertama MRT3...

KUALA LUMPUR : Projek Transit Aliran Massa 3 (MRT3) fasa pertama akan dibuka...

Kerugian Bencana Alam Cecah...

LONDON - 10 tahun ini adalah dekad paling teruk terjejas akibat kerugian ekonomi...

Thailand Bukan Pusat Sindiket Panggilan Palsu

BANGKOK – Polis Thailand menafikan negara itu menjadi pusat bagi sindiket pusat panggilan palsu berikutan peningkatan penangkapan berkaitan jenayah itu termasuk 21 orang dalam operasi terkini oleh polis.

Antara 21 orang yang ditangkap dalam serbuan polis di sekitar Bangkok dan wilayah-wilayah di utara Thailand semalam ialah tiga lelaki rakyat Taiwan, salah seorang daripada mereka disyaki sebagai dalang sindiket.

“Thailand bukan pusat bagi sindiket ā€œcall scam.ā€ Sindiket pusat panggilan palsu itu berpindah dari satu negara ke negara lain jika kegiatan mereka ditumpaskan oleh pihak berkuasa,” kata Komander Polis Diraja Thailand, Lt Jen Thanitsak Teerasawat kepada media di sini hari ini.

Sehingga kini, polis telah menahan 98 suspek hasil 146 waran tangkap yang dikeluarkan tahun ini dan sedang memburu 48 lagi suspek yang masih bebas.

Thanitsak berkata, anggota sindiket didalangi lelaki warga Taiwan yang ditumpaskan semalam mengaku terhadap jenayah itu dan berdepan hukuman pen jara 15 tahun jika disabitkan di bawah Akta Pencegahan dan Pembanterasan terhadap Penglibatan dalam Sindiket Jenayah Terancang Rentas Negara.

Sementara itu, ketua Polis Wilayah 5 Lt Jen Poonsap Prasertsak berkata, sebelum beroperasi di Thailand, sindiket tersebut menggunakan Malaysia sebagai pangkalannya sebeluma memindahkan operasi ke negara itu berikutan tindakan oleh pihak berkuasa Malaysia.

Beliau juga berkata, beberapa anggota sindiket memindahkan aktiviti jenayah mereka ke Kemboja.


“Pihak berkuasa mula memantau aktiviti sindiket itu kira-kira lima hingga enam bulan yang lalu sebelum kita bertindak semalam,” sambil berkata seperti pusat panggilan palsu lain yang ditumpaskan oleh pihak berkuasa Thailand sebelum ini, ia didalangi oleh warga asing.

Beliau berkata, sindiket terbaharu diketuai oleh seorang lelaki muda rakyat Thailand.

Pada sidang media hari ini, empat anggota sindiket tersebut mendedahkan taktik yang mereka gunakan untuk memperdayakan mangsa supaya memindahkan wang mereka ke dalam akaun khas yang kononnya dibuka.

Salah seorang daripada anggota sindiket yang mendakwa menerima 38,000 Baht (kira-kira RM4,800) daripada sindiket itu bulan lepas untuk kerja-kerja itu berkata dia menghubungi mangsa dan memberitahu bahawa mereka rekod jenayah dan oleh itu, wang dalam akaun mereka akan disita. – BERNAMA

Kategori