Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

600 Keluarga Pindah Di...

SANDAKAN - Seramai 600 keluarga yang terlibat dalam Program Penempatan Semula Perkampungan Air...

Malaysia Masih Destinasi Pelancongan...

KUALA LUMPUR - Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun hari ini...

Sultan Nazrin Shah Bijaksana,...

IPOH - Sultan Nazrin Shah Almarhum Sultan Azlan Shah diputerakan pada 27 Nov...

Remaja Gagal Perdaya Pegawai...

KOTA BHARU - Taktik seorang remaja cuba memperdaya pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ)...

Tiada Kompromi Dengan AS Dalam Isu Kedaulatan Agama Islam

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menegaskan Malaysia tidak akan berkompromi dengan Amerika Syarikat (AS) dalam soal kedaulatan agama Islam walaupun mempunyai hubungan diplomatik bersifat multidimensi dengan negara kuasa besar itu.

Merujuk kepada tindakan Presiden Donald Trump mengisytiharkan Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel, beliau berkata ia bertentangan dengan aspek kedaulatan yang telah ditentukan dalam resolusi Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

“Banyak aspek lain kita boleh bekerjasama, tetapi dalam hal ini (pengisytiharan), kita berpegang kepada prinsip bahawa kita tidak boleh terima perkara itu sama sekali,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucapan penangguhan Perhimpunan Agung UMNO 2017, di sini.

Presiden UMNO itu berkata tindakan pengisytiharan tersebut juga tidak diterima oleh negara Islam lain malah banyak negara bukan Islam turut menyatakan pendirian sama.

“Bukan sahaja orang Islam, orang Kristian pun tidak senang hati dengan pengumuman itu dan negara Eropah juga hampir semua tidak setuju dengan keputusan tersebut,” katanya.

Terdahulu dalam ucapannya, Najib berkata beliau sanggup membatalkan program konsultasi tahunannya bersama Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong demi menyuarakan bantahan Malaysia pada persidangan khas Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) di Istanbul, 13 Dis ini.

“Kebetulan 13 dan 14 Dis ini saya ada konsultasi tahunan dengan Perdana Menteri Singapura.

Saya telah menghubungi Perdana Menteri Hsien Loong, saya kata ‘please understand that this is an issue that affects me as a Muslim and (involves) the fate of all Muslims’ (fahamilah, isu ini memberi kesan kepada saya sebagai seorang Islam dan (melibatkan) nasib seluruh umat Islam) ,” katanya.

Katanya beliau tidak reda nasib umat Islam ditekan dalam apa juga keadaan dan tidak akan membiarkan Baitulmuqaddis yang merupakan tanah suci ketiga umat Islam tergadai, terhina dan ditekan pihak lain.


Najib berkata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan menghubunginya Rabu lepas bagi meminta beliau hadir pada persidangan khas OIC berkaitan cadangan Trump itu, memandangkan suara Malaysia adalah penting.

Najib berkata beliau akan menyatakan pendirian UMNO dan seluruh umat Islam di negara ini bahawa Malaysia akan menentang habis-habisan cadangan tersebut dan tidak akan menerimanya sampai bila-bila.

Dalam ucapannya itu, Najib turut memanjatkan doa kepada Allah SWT agar rancangan menjadikan Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel itu dihancurkan, yang kemudiannya diaminkan oleh seluruh perwakilan UMNO.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pergerakan sayap Pemuda UMNO diketuai Khairy Jamaluddin yang telah membawa semangat UMNO dalam demonstrasi aman di depan kedutaan AS di sini semalam bersama parti politik lain dan badan bukan kerajaan (NGO).

Khairy yang disertai Naib Ketua Pemuda Khairul Azwan Harun telah menyerahkan memorandum bantahan kepada wakil Kedutaan AS sebagai langkah membantah tindakan Trump yang mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Dilaporkan Trump pada Rabu secara rasmi mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu kota Israel yang menbawa kepada protes dalam kalangan masyarakat Islam di seluruh dunia. – BERNAMA

Kategori