Friday, January 24, 2025

Creating liberating content

Rasuah: Penyelia Dipenjara 14...

SEREMBAN - Seorang penyelia bengkel hari ini dihukum penjara 14 hari dan denda...

Dakwat Kekal: Mejar Zaidi...

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) didapati bersalah oleh...

Azwanddin Jatuh Kerana Tersadung...

SHAH ALAM - Polis menafikan anggotanya bertindak kasar ke atas Datuk Azwanddin Hamzah...

DAP Minta SPRM Siasat...

KUALA LUMPUR - DAP mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat sama ada...

Tiada Pertandingan Jawatan Nombor 1 & 2 Parti

DALAM wawancara dengan para editor kanan The Star, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi enggan mengulas mengenai kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO. Persoalan itu antara isu yang dibangkitkan ketika ditanya mengenai peluangnya sebagai Orang Nombor Dua parti dalam pemilihan UMNO selepas PRU 14 tahun depan.

Dr. Ahmad Zahid dilaporkan hanya tersenyum dan mengalihkan topik dengan mengatakan, tumpuan utama Perhimpunan Agung UMNO (PAU 2017) tahun ini ialah PRU. Soal jawatan dalam parti bukan isu utama. Malah, PAU tahun ini ialah landasan terakhir bagi memastikan UMNO selaku tunjang BN berjaya memenangi dua pertiga kerusi parlimen pada PRU 14.

Dr. Ahmad Zahid jelas tidak mahu menjadikan dirinya pusat tumpuan menjelang PAU 2017. Apatah lagi dalam soal jawatan utama dalam parti. Secara logik, Naib Presiden UMNO ini, mahu parti melihat cabaran lebih besar yang sedang menanti. Iaitu, UMNO perlu memacu keutuhan parti dan PAU 2017 sebagai platform persidangan terakhir sebelum menghadapi PRU 14.

Ketika diwawancara TV AlHijrah pula, isu pangkat dan jawatan tidak dibangkitkan. Keutamaan tetap diperkatakan mengenai memenangi PRU 14 dan memastikan UMNO berperanan sebagai penyumbang utama ke arah membentuk kerajaan dua pertiga.

Pada sesi pra wawancara di ABS Cyberjaya, Dr. Ahmad Zahid juga tidak keberatan untuk bercakap soal spekulasi yang cuba melaga-lagakan dirinya dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Malah, menafikan wujud persaingan antara dirinya dengan Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishamuddin Hussein. “Isu ini tidak pernah ada. Mana ada. Tak ada pun, katanya serius walaupun tersenyum.

“Tanyalah,” katanya: “Saya akan jawab secara terbuka. Tak ada isu mengenai persaingan.”

Apa pun, UMNO tetap prihatin mengenai perkara ini.

UMNO sedar, antara cara melemahkan parti itu sekarang, ialah melaga-lagakan pemimpin tertinggi.
Hari ini, pada ketika PAU membuka tirai di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Pergerakan Pemuda UMNO bertindak pantas.

Walaupun Menteri Pelancongan, Datuk Seri Nazri Aziz, terlebih dahulu menyuarakan supaya tiada pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden, bagi memberi laluan kepada Najib dan Dr. Ahmad Zahid, ia dipintas oleh Pemuda UMNO pada PAU 2017.

Ketua Pemuda, Khairi Jamaluddin dengan tegas mencadangkan, supaya jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan pada pemilihan akan datang.

“Pemuda UMNO memberi sokongan sebulat hati kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Naib Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi untuk terus mengemudi parti,” kata Khairi.


Dr. Ahmad Zahid kini Naib Presiden yang enjalankan Tugas-tugas Timbalan Presiden, dan dilantik Timbalan Perdana Menteri selepas pemecatan Tan Sri Mahyuddin Yassin.

Apa pun, ketika berucap pada sesi Pemuda di PAU 2017 hari ini, Khairi menegaskan, keutamaan parti sekarang tetap PRU 14.

“Biar kita ke medan perang dengan hati yang tenang, dengan fikiran yang lapang. Jangan terbeban dengan persoalan siapakah (pemimpin) yang perlu diundi nanti. Jadi, kita selesaikan persoalan besar hari ini, tak perlu lagi dibelenggu persoalan ini.

“Dengan ini, Pemuda nak cadangkan bila menang pilihan raya nanti, insya-Allah, jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tak perlu dipertandingkan.”

Kenyataan Khairi dijangka menjadi langkah pemula dalam mempertahankan Najib dan Dr. Ahmad Zahid. Pastinya, suara sokongan padu ini akan terus kedengaran sepanjang berlangsungnya PAU 2017 sepanjang 5 hingga 9 Disember.

Kepimpinan UMNO dari kalangan sayap Pemuda, Wanita dan Puteri pasti akan senada. Malah, pasti juga suara-suara sokongan yang seterusnya daripada barisan Majlis Tertinggi dan perwakilan negeri akan turut kedengaran.

Malah, akan ada suara perwakilan yang akan memberi amaran pada usaha-usaha untuk memecah-belahkan parti dengan melaga-lagakan pimpinan tertinggi.

UMNO pasti sedar, musuh akan menghalakan serangan secara dua hala. Pertama, menggunakan isu kepimpinan nombor satu dan dua. Taktik ini akan diteruskan dengan langkah kedua, iaitu menggunakan masalah dalaman parti sebagai senjata melemahkan UMNO dalam PRU 14.

UMNO kena cerdik dan celik. Jangan ada orang dalam yang menjadi agen musuh parti untuk merosakkan perpaduan parti. – MYNEWSHUB.CC

Kategori