Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Segak Bertanjak Di Hari...

KUALA LUMPUR - Sambutan Hari Malaysia di Dataran Merdeka hari ini seolah-olah membawa...

Aswara Dinaik Taraf Jadi...

KUALA LUMPUR - Ikon seniman Allahyarham Tan Sri P. Ramlee diangkat sebagai Tokoh...

Bukti Seleweng Dana HRDF...

PUTRAJAYA — Bukti penyelewengan yang dikaitkan dengan dana RM300 juta milik Tabung Pembangunan...

Tumpasnya Nuar Taman Dan...

Kuala Terengganu : Dua lelaki yang maut ditembak polis di Kampung Simpang Tokku...

“Tiada Syarat Untuk Izara Berlakon” – Adib Khalid

UMUM mengetahui pelakon Izara Aishah baru sahaja menamatkan zaman bujangnya bersama pilihan hati yang juga anak tiri kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Suaminya, Adib Khalid bagaimanapun menyatakan keterbukaannya dan memahami kerjaya Izara sebagai seorang anak seni.

Malah, Adib masih membenarkan Izara beraksi di hadapan kamera dan tidak meletakkan syarat walaupun sudah bergelar isteri.

“Tiada syarat sangat pun. Bagi saya, kerjaya Izara masih seperti biasa. Saya tidak cemburu jika dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dan tidak fikir apa-apa pun.

“Saya memang memahami kerjayanya secara keseluruhan. Saya juga tak kisah jika dia kekal aktif selepas berkahwin kerana saya sendiri turut sibuk dengan kerjaya,” katanya dipetik Astro Gempak.

Tambah Adib, dia tidak menyekat minat isterinya itu dan dapat meluangkan masa setelah penat bekerja.

“Kita berdua sama-sama sibuk mencari rezeki dan apa yang penting, apabila kami berdua balik ke rumah, kami ada ‘each other’ dan dapat menghabiskan waktu berdua setelah seharian bekerja,” ujarnya.


Bagi Izara pula, dia akui pelik Adib tidak menunjukkan sebarang rasa cemburu apabila dia bergandingan dengan pelakon lelaki lain dalam drama atau filem.

“Kadang-kadang saya pelik. Kenapa dia tak cemburu? Tetapi, mungkin dia juga telah didedahkan dengan keadaan dalam industri dan memahami apa yang saya lakukan hanya sekadar lakonan,” jelasnya.

Dalam perkembangan terbarunya pula, pelakon J Revolusi ini bakal memulakan pengambaran bersama lima orang pelakon lelaki iaitu Aaron Aziz, Amar Baharin, Awal Ashaari, Johan As’ari dan Hafreez Adam.

Mereka akan menjayakan drama bersiri sebanyak 100 episod menerusi drama berjudul Jodoh-Jodoh Anisa.

Adib dan Izara telah mendirikan rumah tangga pada 17 November lalu setelah tiga tahun menyulam cinta. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori