Tuesday, January 28, 2025

Creating liberating content

Polis Tahan Seorang Lelaki...

KUALA LUMPUR - Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan kes tembak di...

Wanita Rugi RM12,000 Ditipu...

BINTULU - Seorang pegawai akaun rugi RM12,000 diperdayakan oleh seorang lelaki yang menyamar...

Parti Warisan Sabah, Nama...

PUTRAJAYA - Bekas Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal hari ini...

Anwar Sahkan Bertemu Mahathir...

PETALING JAYA - Ketua Umum Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan...

Tindakan Pelaku Pembakaran Terbuka Di Ulu Yam

KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar (JAS) akan mengambil tindakan terhadap pemilik tanah yang mempunyai kaitan dengan kebakaran di tapak pelupusan sampah haram di Jalan Ulu Yam, Gombak.

Menteri sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata tindakan akan diambil menurut Seksyen 29 (A) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang memperuntukkan denda sehingga RM500,000 atau maksimum lima tahun penjara atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

ā€œKompaun maksimum sebanyak RM2,000 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan. Di bawah peruntukan ini, pemilik tanah juga boleh dikenakan tindakan sekiranya mendapati pembakaran terbuka berlaku di dalam kawasan tanah miliknya,ā€ katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Wan Junaidi berkata JAS telah menjalankan siasatan di tempat kejadian dan mendapati kawasan kebakaran terletak di kawasan lereng bukit berhampiran Jalan Utara Ulu Yam-Gombak yang telah dijadikan tapak pelupusan haram.

Saiz kebakaran dianggar seluas satu ekar (0.4 hektar), katanya.


Beliau berkata JAS sedang memantau kawasan tersebut bagi memastikan tidak pembakaran terbuka baharu di kawasan berkenaan.

Beliau turut mengingatkan orang ramai agar tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes-kes sedemikian kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat atau JAS di talian bebas tol 1-800-88-2727. – BERNAMA

Kategori