Thursday, January 30, 2025

Creating liberating content

Harga Durian ‘Mahal Teruk’?

KUALA LUMPUR - Musim durian datang lagi namun bagi 'hantu durian' perbezaan situasi...

Wang Haram: Bekas Penolong...

ALOR SETAR - Seorang bekas penolong jurutera sebuah jabatan kerajaan hari ini didakwa...

Tukang Masak Dicekup Ketika...

KOTA KINABALU - Seorang tukang masak di sini ditahan ketika mengambil dua kotak...

Hentian Bas Greenwood Bakal...

KUALA LUMPUR - Hentian Bas Greenwood, Gombak yang sebelum ini dijadikan hentian bas...

Tingkatkan ‘Pemasaran’ Kejayaan UMNO

KUALA LUMPUR – Anggota UMNO digesa meningkatkan strategi ‘pemasaran’ bagi mempromosikan sumbangan dan pencapaian parti berusia 71 tahun itu dalam soal membangunkan negara.

Wakil UMNO Wilayah Persekutuan merangkap Ketua UMNO Bahagian Bandar Tun Razak Datuk Rizalman Mokhtar berkata sejak penubuhannya sehingga kini, UMNO banyak berjasa kepada tanah air namun ia dilihat kurang diketahui dan difahami masyarakat umum terutama golongan muda.

Tegasnya, UMNO mempunyai rekod pencapaian yang sudah terbukti dan boleh dilihat apabila negara kini merupakan antara penggiat utama di arena antarabangsa.

“Parti kita merupakan satu produk yang menarik dengan sejarah kejayaan panjang yang tidak dapat ditandingi oleh mana-mana parti lain di negara ini namun malangnya ia kurang dipromosikan dan tidak diketahui ramai.

“Kita bukan mahu bersikap riak tetapi ini rekod prestasi UMNO, jadi kita semua mempunyai tugas dan misi dalam memasarkan produk kita iaitu parti UMNO ini,” katanya ketika membahaskan usul ucapan dasar presiden pada Perhimpunan Agung UMNO 2017 di sini hari ini.


Dalam pada itu, Naib Ketua UMNO Bahagian Jempol Mustapha Nagoor berkata setiap anggota UMNO perlu menangkis serangan pembangkang yang melabelkan Malaysia sebagai negara yang gagal.

Wakil UMNO Negeri Sembilan itu berkata prestasi Malaysia sebaliknya begitu membanggakan dan dipandang tinggi dunia,
Ia dapat dilihat antaranya melalui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) suku ketiga tahun ini yang melonjak pada kadar 6.2 peratus, iaitu antara yang tertinggi di dunia.

Menurutnya, negara luar seperti Arab Saudi dan China turut mempunyai hubungan baik dengan Malaysia termasuk dari segi ekonomi dan pelaburan.

“Ini antara kejayaan kita yang perlu dikongsi dengan seluruh rakyat Malaysia,” katanya. – BERNAMA

Kategori