Sunday, November 24, 2024

Creating liberating content

Melaka Tuan Rumah Pameran...

MELAKA - Melaka akan manjadi tuan rumah Pameran Setem Antarabangsa Empat Negara ASEAN...

Isu Raba Dan Ramas...

KUALA LUMPUR - Isu 'meramas' dan 'meraba' menggamatkan persidangan Dewan Rakyat petang Selasa...

Penjawat Awam Dilarang Pegang...

SEREMBAN - Penjawat awam di negara ini tidak dibenarkan untuk memegang sebarang jawatan...

Rakan Artis Lega Tidak...

SEJAK mengumumkan berita yang mengejutkan tentang penyakit yang dialaminya, laman Instagram Elyana dibanjiri...

TNB Tempat Ke-6 Senarai Jenama Terbaik Malaysia

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Berhad (TNB) menduduki tempat ke-6 dalam senarai jenama terbaik di Malaysia berdasarkan Malaysia Top 100 Brands 2017 yang dikeluarkan Brand Finance Asia Pacific baru-baru ini.

Ia bermakna dua tahun berturut-turut TNB berjaya memperbaiki kedudukan dari tempat ke-8 pada 2015 kepada ke-7 tahun lalu dan sebagai jenama Malaysia ke-6 paling bernilai pada 2017.

TNB dalam satu kenyataan media berkata, dengan rating AA tersebut, TNB memperolehi nilai penjenamaan sebanyak US$1,583 juta berbanding US$1,187 juta tahun lalu.

“Brand Finance Asia Pacific dalam laporannya menggariskan kriteria pemilihan yang antara lain ialah input audit jenama, tingkah laku pemegang berkepentingan dan prestasi syarikat,” kata kenyataan itu hari ini.

Menurut kenyataan itu, TNB turut melonjak 15 anak tangga dengan menduduki tempat ke-24 dalam senarai 50 jenama utiliti terkemuka global Brand Finance 2017 pada Mac lalu.


“Ia berikutan peningkatan ketara sebanyak 33 peratus dalam nilai jenama syarikat utiliti nasional itu kepada AS$1.583 bilion (RM7.01 bilion) berbanding AS$1.187 bilion (RM5.25 bilion) pada 2016,” kata TNB. – MYNEWSHUB.CC

Kategori