DONALD Trump menonton siaran berita televisyen kabel sehingga lapan jam sehari, menurut laporan berita yang mengejutkan mengenai bagaimana Presiden Amerika Syarikat (AS) itu menghabiskan waktunya.
Presiden AS itu mula menonton televisyen sebaik bangun dari tidur seawal pukul 5.30 pagi setiap hari.
Tanpa bangkit dari katil, beliau juga mungkin akan menulis sesuatu di laman sosial Twitter menggunakan telefon iPhonenya.
Menurut laporan New York Times, Trump juga minum banyak minuman sehingga 12 gelas Diet Coke sehari semasa berada di Rumah Putih.
Beliau juga sering tidur hanya selama lima jam semalam.
Selain itu, tiada sesiapa yang memegang alat kawalan jauh melainkan beliau sendiri dan kakitangan sokongan teknikal.
Selepas keluar dari bilik tidur atau menghabiskan masa di hadapan televisyen, Trump kadang-kadang membuat beberapa panggilan dengan keadaan masih berbaju tidur.
Dengan televisyen berukuran 60 inci di bilik makannya yang sering memaparkan tajuk berita, ia boleh ditonton Trump dengan mod senyap semasa mesyuarat. – Mirror/mStar Online