Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

6 Khasiat Putih Telur...

Telur antara menu popular untuk hidangan seisi keluarga. Ianya mudah disediakan dan kaya...

Bapa Dikhuatiri Lemas, Anak...

KOTA TINGGI: Seorang lelaki dipercayai warga Singapura dikhuatiri lemas selepas dilaporkan hanyut ketika...

393 Kes Penipuan Penjualan...

KUALA LUMPUR - Sebanyak 393 kes penipuan membabitkan penjualan penutup mulut dan hidung...

Peruntukan Subsidi Upah Ditambah...

KUALA LUMPUR - Kerajaan menambah peruntukan program subsidi upah kepada RM13.8 bilion berbanding...

Tular Suspek Kes Bunuh Ditahan Tidak Tepat

JOHOR BAHRU – Polis Johor meminta orang ramai menghentikan perbuatan menularkan maklumat kononnya polis telah menahan suspek kes bunuh di Taman Pelangi, di sini malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Azman Ayob berkata maklumat berhubung tangkapan itu seperti yang ditularkan adalah tidak tepat.

“Isu (kes) masih dalam siasatan. Belum ada tangkapan. Akan dimaklumkan bila ada perkembangan. Maklumat telah ada tangkapan tidak tepat. Polis menyeru hentikan tular liar yang boleh ganggu siasatan,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau mengulas maklumat yang tular di laman sosial Facebook dan aplikasi WhatsApp mendakwa polis telah menahan suspek kes bunuh itu berserta gambar dipercayai suspek kes itu.

Malam tadi, sorang lelaki berusia lingkungan 30-an mati ditikam dan dilanggar sekumpulan empat lelaki menggunakan sebuah kereta di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, di sini.


Kejadian berlaku kira-kira 7.30 malam ketika mangsa bersama-sama seorang wanita warga asing berusia 20-an yang dipercayai isterinya sedang mengisi angin tayar kereta di stesen berkenaan. – BERNAMA

Kategori