Wednesday, November 27, 2024

Creating liberating content

Melayu Bakal Jadi Red...

Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menyeru agar parti politik UMNO...

Janji Had PM Dua...

JANJI untuk menghadkan jawatan perdana menteri kepada dua penggal bakal menjadi satu lagi...

Allahyarham Mohd Kamal Banyak...

KOTA BHARU - Kerajaan Kelantan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga bekas Rektor Universiti...

Best.. Peranti Samsung Mungkin...

TAK lama dahulu tersebar khabar bahawa Samsung Galaxy S6 yang akan datang bakal dilengkapi...

Tumbuk Muka Orang Awam, Penganggur Dijel 6 Bulan

PETALING JAYA – Seorang penganggur dihukum penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah menumbuk muka seorang lelaki yang sedang minum di sebuah restoran, dua bulan lepas.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhi hukuman itu ke atas C. Krishnan, 33, selepas dia menukar pengakuan kepada bersalah dengan sengaja menumbuk muka Mohamad Zamri Mohamad Ali, 38, di sebuah restoran di Jalan PJS 8/9 di sini pada 4.15 pagi, 30 Okt lepas.

Lelaki itu didakwa mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntuk hukuman penjara maksimum setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya.

Mahkamah memerintahkan Krishnan menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 9 Nov lepas.

Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam, merayu dikenakan hukuman ringan dengan alasan dia penanggung utama keluarganya.

“Pada hari kejadian, saya berada dalam keadaan mabuk dan tidak sedar akan perbuatan saya. Saya memohon maaf atas perbuatan yang saya lakukan,” katanya


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Fazeedah Faik memohon hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira soal keselamatan orang awam kerana pada hari kejadian, tertuduh yang mabuk bertindak memukul orang awam yang sedang menjamu selera.

Mengikut fakta kes, mangsa yang sedang minum di sebuah restoran didatangi oleh seorang lelaki mabuk yang memarahi serta merampas telefon bimbitnya tanpa kebenaran dan secara tiba-tiba menumbuk mukanya sehingga cedera. – BERNAMA

Kategori