Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

Malaysia Kutuk Ujian Nuklear...

KUALA LUMPUR - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya ujian nuklear yang dilakukan Korea Utara pada...

Peranan Sektor Awam, Swasta...

KUALA LUMPUR - Peranan sektor awam dan swasta tertentu akan diteliti semula di...

4 Garis Panduan Kerjasama...

KUANTAN - Majlis Syura Ulamak menetapkan empat perkara yang perlu dipatuhi dalam garis...

Mardi Awet Labu Ditandatangani...

SERDANG - Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (Mardi) akan cuba mengawet buah...

Ujang Anggap Keajaiban Pawagam Mula Penuh

KUALA LUMPUR – “Keajaiban demi keajaiban berlaku pada JIBAM'” kata legenda dunia kartunis tanah air, Ujang.

Menurut beliau, selepas hampir tersingkir di minggu pertama tayangan filem itu, beberapa pawagam kini mula penuh dengan penonton.

“Rakan-rakan artis, penggiat filem dan pengkritik bergabung menyokong JIBAM dengan mengenepikan sisi berbeza hingga JIBAM berjaya bertahan untuk seminggu lagi.

“Terbaru Pertubuhan Ikatan Kekeluargaan Rumpun Nusantara tempah satu dewan untuk tayangan filem JIBAM di MM Cineplex Damansara. Filem JIBAM disambung seminggu lagi di Pawagam,” katanya di Facebook hari ini.

Mynewshub beberapa hari lalu melaporkan luahan Ujang atau nama sebenarnya Ibrahim Anon mengenai nasib filem diadaptasi daripada novel beliau yang pernah popular sekitar tahun 1980-an dan 1990-an itu hampir tersungkur.


Ia ekoran filem itu kurang mendapat sokongan penonton filem Melayu menyebabkan pihak pawagam mahu menamatkan tayangan wajib filem berkenaan walaupun baru beberapa hari ia dipertontonkan di pawagam.

Novel JIBAM bukan karya asing buat rakyat Malaysia yang membesar sekitar tahun 1980-an dan 1990-an iaitu pada waktu buku merupakan bahan bacaan utama masyarakat negara ini.

Naskhah tentang kisah kanak-kanak istimewa atau nama panggilannya Jibam mencungkil kehidupan dan keistimewaan termasuk keupayaan untuk menyembuhkan penyakit di sebalik pandangan sepi masyarakat ke atasnya. – MYNEWSHUB.CC

Kategori