Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

LTTE: Polis Tunggu Arahan...

POLIS Diraja Malaysia (PDRM) menunggu arahan daripada Jabatan Peguam Negara (AG) berhubung keputusan...

Alunan Ayat Al-Quran Iringi...

KUALA LUMPUR – “Allahu Akbar, Allahu Akbar,” azan Maghrib dilaungkan bilal Masjid Jamek...

Siri Popular The Simpsons...

LOS ANGELES - Siri popular, The Simpsons sah kehilangan salah satu suara yang...

Mesej ‘Valentine’s Day’ Dituju...

PEMERGIAN Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada Khamis lalu masih berbekas di...

UMNO/BN Kurang Kreatif ‘Perang’ Media Sosial?

KUALA LUMPUR – Pembangkang melakukan pelbagai serangan terhadap UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (B) melalui saluran media sosial, malah mempunyai pasukan khas untuk tujuan tersebut selama ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Hasan Malek berkata, sangat mendukacitakan apabila sebilangan besar rakyat terpengaruh dengan dakyah dan dakwaan yang disebarkan secara meluas tersebut.

“Apa yang lebih menyedihkan dan amat membimbangkan, dakwaan yang dikatakan oleh pembangkang hampir 100 peratus tersasar dan lari secara sengaja daripada kenyataan sebenar.

“Dunia digital adalah senjata utama dalam bentuk “peperangan” pada masa kini, ia boleh sampai kepada orang ramai dalam sekelip mata berbanding dengan mekanisma sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, Hasan berkata, setiap pihak termasuk kementerian dan agensi kerajaan harus memainkan peranan yang aktif dan menyalurkan maklumat secara berterusan agar rakyat mengetahui apa yang dilakukan oleh kerajaan BN untuk rakyat.


Kata beliau, ahli UMNO harus juga memainkan peranan dalam menyalurkan maklumat dalam kalangan ahli dan rakyat secara berterusan seperti yang dilakukan oleh penyokong pembangkang selama ini.

“Perkara ini tidak harus separuh jalan ia harus berterusan dan dilaksanakan secara kreatif,” katanya. –Mynewshub.cc

https://youtu.be/6_sBGidLlSM

Kategori