Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Masalah Kenaikan Harga Barang...

ROMPIN - Masalah kenaikan harga barangan akibat sikap peniaga yang tamak akan menjadi...

Casio WSD F-10, Jenama...

CASIO merupakan jenama yang terkenal dengan penghasilan jam tangan yang tahan lasak.Suatu ketika...

Bahas RUU Jenayah Seksual...

KUALA LUMPUR - Perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 di...

Polis Marin Rampas 1,068...

TAWAU - Pasukan Polis Marin (PPM) Tawau merampas 1,068 botol minuman keras pelbagai...

Usah Percaya Tarikh PRU-14 Yang Tular Di Media Sosial

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menasihatkan orang ramai supaya tidak mempercayai tarikh pembubaran Parlimen dan hari pengundian Pilihan Raya Umum ke-14 yang sedang tular dalam media sosial.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata hak membubarkan Parlimen adalah bawah perkenan Yang di-Pertuan Agong atas nasihat perdana menteri.

Dalam kenyataannya hari ini beliau berkata mesej yang sedang tular dan mendakwa kononnya Parlimen akan dibubarkan pada 11 Jan 2018, penamaan calon pada 11 Mac dan hari mengundi ditetapkan pada 25 Mac, adalah tidak munasabah.

“Ini kerana tarikh pembubaran dan pengundian yang dinyatakan adalah melebihi tempoh 60 hari seperti yang dinyatakan bawah Perkara 55(4) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan bahawa apabila Parlimen dibubarkan, suatu pilihan raya umum hendaklah diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh bubar,” katanya lagi. – BERNAMA

Kategori