Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Thailand Lantik Rexy Mainaky...

BANGKOK - Bekas jurulatih badminton Malaysia, Rexy Mainaky dilantik oleh Persatuan Badminton Thailand...

ASEAN Akan Main Peranan...

KUALA LUMPUR - ASEAN, dengan gabungan keluaran dalam negara kasar (KDNK) mencecah US$4...

Model Mati Dibunuh, Bukan...

DISEMBER lalu, seorang model dari Belanda telah ditemui mati selepas terjatuh dari balkoni...

Kemuka Cadangan Naikkan Tambang...

JOHOR BARU - Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengemukakan cadangan kepada kerajaan...

Video: Kafe Rakyat RM6 Berbaloi, Murah & Sedap

“MEMANG berpatutan, murah, sedap dan sesiapa pun boleh datang menjamu selera di sini!”

Demikian luahan beberapa pengunjung yang ditemui bagi mendapatkan reaksi mengenai kemudahan Kafe Rakyat RM6 di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) sempena Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2017, di ibu negara.

Rata-rata mereka menganggap harga yang ditawarkan iaitu serendah RM6 sangat berpatutan jika dibandingkan dengan pelbagai premis lain di sekitar kawasan PWTC.

Seorang pengunjung, Zanita Azwin, 34, ketika ditemui Mynewshub memberitahu harga setiap set makanan dari hidangan nasi berlauk sehingga juadah pencuci mulut mampu dibayar biarpun daripada golongan yang tidak mampu.

“Pada akak, harga RM6 sangat berpatutaun untuk kawasan seperti ini, kerana orang yang datang di sini pun bukanlah golongan yang senang semuanya.

“Sekurang-kurangnya harga dia berpatutan dan menu yang disedikan adalah menyelerakan lagi pelbagai,” katanya.

Tambahnya, harga itu juga adalah lebih murah berbanding kafe yang seumpama dengannya di kawasan Kuala Selangor.

“Di tempat akak di Kuala Selangor pun ada buat macam ini tapi harga RM8, jadi kira murahlah kat sini,” katanya.

Buat Pairah Paidi, 58, semua orang mampu untuk mengunjungi gerai yang terletak di aras bawah kompleks ini kerana harganya yang begitu berbaloi dan menjimatkan.


“Harga dia sangat berpatutan, sesiapa pun boleh memiliki dan membeli. Tak mahal sebab semua orang boleh datang kesini, boleh mampu lagi,” ujarnya dengan menggunakan dialek pekat Terengganu.

Dalam pada itu, Normi Said, 50, pula berpendapat menepati piawaian untuk semua kategori masyarakat.

“Dengan harga yang ditawarkan yang disediakan di Kafe Rakyat dan menepati untuk semua kategori.

“Yang datang ke persidangan ini terdiri daripada pelbagai golongan, jadi bertepatanlah dengan harga RM6 itu,” katanya.

Kafe yang beroperasi dari jam 7 pagi hingga 9 malam ini menyajikan pelbagai hidangan menu istimewa seperti set kombo daripada nasi campur tiga lauk dan makanan berkuah seperti laksa dan bihun sup.

Difahamkan, kira-kira 400 kakitangan operasi dibantu 1,000 pekerja sambilan yang kebanyakanya bertugas di Jabatan Penyelia Makanan dan Bankusasi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori