Friday, November 29, 2024

Creating liberating content

VIDEO: Pandangan Ustaz Kenapa...

Nampaknya dalam isu Menteri Besar Selangor yang sedang hangat menjadi topik perbualan politik...

Pekerja Wanita KFC Kelantan...

BERMULA tahun depan, semua pekerja wanita di cawangan restoran makanan segera KFC di...

Airbus Tawarkan Pesawat Peninjau...

KUALA LUMPUR - Airbus Defence and Space menawarkan pesawat peninjau C295 untuk rondaan...

Nur Dhabitah, Ng Yan...

JAKARTA — Gandingan penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri dan Ng Yan Yee meraih...

Video Parodi Dikecam, Wany Hasrita Tak Terkilan

LAGU Tak Tun Tuang nyanyian Upiak Isil antara lagu yang tidak terlepas daripada menjadi pilihan untuk peminat membuat cover.

Penyanyi-penyanyi tanah air juga tidak melepaskan peluang tersebut, termasuklah bakat baharu yang semakin meningkat naik, Wany Hasrita.

Namun, baru-baru ini timbul pula kata-kata kurang enak mengenai kisah penyanyi wanita berusia 25 tahun tersebut.

Khabarnya, sikap yang ditunjukkan dalam video cover tersebut agak keterlaluan sehingga mendatangkan rasa kurang senang dalam kalangan pengikutnya.

Tidak mudah melatah, pemilik nama sebenar Nurshazwany Hasrita Abdullah, menjelaskan perkara tersebut.

“Ada anggap saya pakai tudung dan perlu sentiasa bersikap sopan tapi sebenarnya saya ini seorang yang gila-gila. Jadi mereka mahu saya kawal diri dan tingkah laku sebagai wanita berhijab.

“Sebab itu juga ramai yang mula komen-komen tidak sedap untuk dibaca. Tapi apabila fikir balik kita tidak akan dapat memuaskan hati semua orang,” katanya dipetik mStar Online.

Jika dilihat menerusi Instagram Wany pun, dia sememangnya kerap memuat naik video yang agak ‘gila-gila’ serta berunsur parodi yang mencuit hati ramai penonton.


Namun menurut pelantun suara bagi lagu Rintihan Rindu itu lagi, dia akan lebih berhati-hati dan tidak keterlaluan pada masa akan datang.

Dalam pada itu, pemegang Ijazah Sarjana Muda Sains Perubatan ini menyatakan tindakannya memadam komen negatif yang ditinggalkan di laman sosial itu sebagai langkah untuk mengelakkan perbalahan.

“Sayu akui kadang-kadang terkesan juga dengan komen-komen negatif peminat sebab itu jika ada yang keterlaluan saya padam sahaja.

“Ia mengelakkan aura negatif pada laman sosial itu, kadang-kadang komen-komen begitu saja inginkan diberi perhatian dan mewujudkan perbalahan pula sesama mereka,” jelasnya.

Sementara itu, Wany kini sedang giat mempromosikan single keduanya iaitu Rintihan Rindu, selepas single sulungnya, Menahan Rindu layak ke pentas berprestij Anugerah Juara Lagu 32 (AJL32).

Lagu tersebut bakal berentap dengan 11 lagi lagu lain di pentas AJL32 yang akan berlangsung pada Februari tahun depan. – MYNEWSHUB.CC/SA

Kategori