Thursday, October 24, 2024

Creating liberating content

Pensyarah MMU Reka Khemah...

CYBERJAYA - Sebagai usaha membantu mangsa-mangsa banjir dan para sukarelawan di Pantai Timur, seorang...

Azmin Dahului Rafizi Dengan...

KOTA KINABALU - Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendahului pencabar tunggalnya Mohd Rafizi...

Banteras Penyeludupan Di Wang...

WANG KELIAN - Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim mahu...

UMNO Akan Jadi ‘Singa’...

BUTTERWORTH - Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin akan memastikan UMNO menjadi 'singa' untuk...

Wajar Jadi Acara Tahunan Kelandar Pelancongan

KUANTAN – Penganjuran Kuantan Wedding Fashion Night (KWFN) yang diadakan julung kalinya semalam, wajar dipertimbangkan untuk dijadikan sebagai acara tahunan kalendar pelancongan negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Keluarga, Komunikasi dan Multimedia negeri Datuk Shahaniza Shamsuddin berkata acara itu berpotensi menarik pelancong khususnya bakal pengantin yang mencari pakej menarik pada hari bahagia mereka.

“Perkahwinan pada masa ini bukan hanya hari bersejarah kepada mempelai, tetapi telah menjadi gaya hidup pada masa kini yang mana semua perinciannya dirancang dengan begitu teliti supaya hari itu berjalan sempurna.

“Perancangan semua dilakukan lebih awal, malahan ada yang lebih awal setahun dan penganjuran acara ini, menjimatkan masa pengantin yang dapat melihat sendiri hasil kerja pemilik busana pengantin,” katanya semasa merasmikan KWFN di sini, semalam.

Shahaniza berkata KWFN juga memberi ruang kepada pengusaha butik pengantin, bukan hanya dari daerah ini, tetapi seluruh negara untuk mempromosikan produk mereka, sekali gus membantu meningkatkan pendapatan.

Katanya, ini meliputi bidang yang berkembang selari dengan perniagaan butik pengantin, iaitu khidmat percetakan kad, perkhidmatan jurugambar dan juruvideo serta katering.


“Acara ini membuka rangkaian kepada semua yang terlibat dalam industri ini dan dalam dunia perniagaan, jaringan adalah perkara yang penting untuk berjaya,” katanya.

KWFN 2017 melibatkan penyertaan 32 pemilik butik perkahwinan anjuran Persatuan Peniaga Melayu Kompleks Teruntum di sini. – BERNAMA

Kategori