WANITA ini, Song Chen, menjadi kaya dengan menghantar susu tepung untuk bayi ke kampung halamannya di China. Dia yang kini menetap di Australia sejak tiga tahun lalu, akan menghantar bekalan susu tepung berkenaan disebabkan permintaan yang tinggi.
“Kami hantar susu ini melalui kapal terbang. Saya ada ramai kawan di sana (China) dan mereka meminta saya menghantar susu ke sana.
“Jika saya tiada masa untuk membelinya di sini, kawan-kawan saya di sini pula akan membantu. Mereka akan membeli pada masa-masa tertentu dan jenama yang berbeza kerana anda tidak boleh membeli dalam kuantiti yang banyak,’’ kata Song Chen.
Untuk satu penghantaran susu ke China, Song Chen memperolehi hampir RM12,600.
Menurut Song Chen, dia yakin dengan melakukan urus niaga berkenaan, ia dapat membantu ekonomi Australia.
“Bukan semua penduduk tempatan membeli susu yang mahal, mereka hanya beli yang murah. Orang China sahaja yang beli susu mahal,’’ katanya.
Boleh dikatakan penghantaran besar susu tepung ini dilakukan setiap hari ke China oleh penduduknya yang menetap di Australia. – MYNEWSHUB.CC