Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Penjara Ibarat Hukuman Mati:...

LIMA - Bekas presiden Peru, Alberto Fujimori berkata di hospital semalam, bahawa kembali...

Parti Komponen BN Digesa...

SUNGAI SIPUT - Semua parti komponen Barisan Nasional (BN) perlu menyelesaikan masalah dalaman...

KKM Beri Pampasan Keluarga...

BALIK PULAU - Kementerian Kesihatan akan membayar pampasan ex-gratia kepada keluarga mendiang Fong...

Menunggang Motosikal Secara Bahaya,...

Kuala Lumpur : Polis menahan 14 lelaki selepas mereka dikesan menunggang motosikal secara...

Wanita Tak Dibenar Masuk Ke UK, B.Inggeris Terlalu Bagus

SEORANG wanita yang mengandung dari India tidak dibenarkan masuk ke Britain untuk bertemu dengan suaminya disebabkan bahasa inggerisnya yang terlalu bagus.

Alexandria Rintoul ke Britain untuk bersama dengan suaminya, Bobby di St Andrews, Fife namun dia tidak dibenarkan masuk meskipun lulus peperiksaan bahasa inggeris peringkat antarabangsa seperti yang dikehendaki.

Ia menyebabkan Rintoul, 22, terkejut apabila mendapati visanya ditolak sedangkan dia berharap dapat menetap di rumah baru mereka dan meraikan krismas bersama suaminya.

Rintoul adalah seorang pemuzik dan ketika menulis dalam Facebooknya, dia meluahkan kekesalannya.

“Saya hanya mahu pergi ke rumah itu untuk bersama suami dan kucing kami,” katanya.


Dalam pada itu, suaminya, yang merupakan seorang jurutera berkata, kelayakan yang dimiliki oleh isterinya itu membolehkan dia layak memasuki mana-mana universiti hatta Oxford dan Cambridge sekali pun.

Disebabkan keadaan itu, Bobby terpaksa terbang ke India untuk bersama dengan isterinya dalam notis singkat untuk meraikan krismas bersama.

Pasangan itu bertemu ketika Bobby bertugas dalam industri gas dan minyak. Mereka kemudiannya berpindah ke Dubai sebelum Bobby kembali ke Scotland, dengan harapan isterinya akan menyusul. – Mynewshub.cc

Kategori