Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Kerajaan Negeri Harus Bantu...

KUALA LUMPUR - Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita di Jabatan Perdana Menteri...

Amaran Tegas AMK Kepada...

KUALA LUMPUR - Angkatan Muda Keadilan (AMK) memberi amaran kepada ahli UMNO supaya...

Cedera Patah Bahu Tak...

PELAKON dan penyanyi, Shah Indrawan Ismail atau lebih dikenali sebagai Tomok patah bahu...

400 Penunggang Motosikal Terima...

BUTTERWORTH - Menyedari hakikat kos sara hidup yang semakin meningkat, Pergerakan Pemuda UMNO...

Waris Nafi Cari Gaduh Dengan Rapper Underground

INDUSTRI muzik masa kini semakin mengembang dengan kehadiran ramai penyanyi baharu yang berbakat sehingga membuatkan mereka perlu bersaing antara satu sama lain.

Namun, baru-baru ini telah berlaku satu perselisihan faham antara penyanyi rap terkenal, Waris dari Negeri Sembilan, dengan seorang rapper ‘underground’ iaitu Taufiq atau lebih dikenali dengan nama Tulang Kata.

“Ingatkan lain dari page Malaysiahiphop. Sama je, konon angkat muzik underground. Underground dokat Malaysia tak boleh cari makan, ado bakat baru yang mainstream macam Aiman Tino baru kita support.

“Ini sampah yang kau support macam Tulangkata ini kawan dia? Fuxkoff underground ah,” tulis Waris di ruangan komen laman Instagram milik Malaysiarising.

Disebabkan komen yang agak pedas itu, ianya telah mengguris ramai rappers yang memulakan kerjaya mereka sebagai rapper underground.

Oleh itu, Taufiq telah memuat naik video nyanyian Waris yang bertajuk Tepuk dengan tujuan untuk memerli penyanyi berkenaan yang kini sedang mengusahakan perniagaan baju sekolah dibawah jenamanya sendiri.

Posting itu telah menarik minat Waris bagi meninggalkan komen namun tak lama kemudia Taufiq dikatakan telah disekat oleh Waris daripada akaun Instagram miliknya.

“Waris blocked aku maksudnya GAME is Over. Berhenti cakap tentang aku dan Waris lepas ni. Jangan dihangatkan lagi. Aku sudah tiada kata-kata. Aku sudah salam damai & sekarang aku mahu minta maaf mana yang kurang, bermakna antara kami sudah 0-0,” tulis Taufiq.

Disebabkan nama akaun Instagramnya turut disebut oleh Waris, maka admin akaun Malaysiahiphop turut tidak bersetuju dengan kenyataan Waris dan secara tak langsung dia juga terkesan di atas isu berkenaan.

Dalam masa yang sama, admin akaun Instagram Malaysiarising turut meminta agar isu mereka ini tidak lagi diperbesarkan kerana tidak mahu ianya menjadi lebih buruk sehingga mencemarkan periuk nasi orang lain.


Maka isu itu telah berlarutan sehingga memaksa Waris untuk mengeluarkan kenyataan bahawa dia tidak tahu apa yang sedang berlaku itu dan menganggap ada individu yang cuba menjatuhkan reputasinya.

“Saya tidak buat sebarang statement seperti ini. Sama ada digodam atau tidak, pastinya ingin menjatuhkan saya.

“Menuduh siapa yang buat pun bukan jenis saya, jadi saya serahkan pada anda,” tulisnya di akaun Instagram miliknya.

Apa yang menyebabkan penyanyi itu lebih marah ialah apabila loghat Negeri Sembilan yang digunakan oleh individu berkenaan adalah tidak betul.

“Dokek bro bukan dokat, percubaan yang baik, sebelum buat editing, tolong belajar dialek Negeri Sembilan dulu,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun, Waris dikatakan telah membuat laporan polis diatas kejadian fitnah tersebut dan berharap agar individu yang telah menggodam akaun Instagramnya itu akan dibawa ke muka pengadilan.

Bersabarlah Waris, manusia ni memang banyak ragam. Tak boleh tengok orang lain senang sikit. Ada sahaja yang mereka tak puas hati sampai sanggup buat fitnah macam ni.

Jika difikirkan secara logik, takkan Waris sanggup berkata demikian. Sedangkan dulu dia juga mula membina karier melalui muzik underground.

Harapnya isu ini dapat diselesaikan kerana ia telah melibatkan reputasi Waris serta beberapa lagi rapper underground yang terlibat sama seperti Tulang Kata sendiri. – MYNEWSHUB.CC/AH

Kategori