Tuesday, November 26, 2024

Creating liberating content

UMNO Tolak Syor Lantik...

KUALA LUMPUR - UMNO menolak cadangan untuk melantik bekas Presiden, Datuk Seri Najib...

Mangsa Banjir Di Membakut...

KOTA KINABALU - Jumlah mangsa banjir di daerah kecil Membakut kekal 637 orang...

Pemisah Syria Lancar Serangan...

ALEPPO - Pemisah Syria melancarkan serangan besar-besaran bertujuan memecahkan kepungan di daerah dikuasai...

Hari Kebangsaan Rai Kemenangan...

KUALA LUMPUR – Perubahan landskap politik tanah air selepas Pilihan Raya Umum ke-14...

Wartawan Malaysia, Singapura Bebas 5 Januari

NAYPITAW – Mahkamah di Myanmar semalam menggugurkan tuduhan tambahan terhadap dua wartawan asing dan kakitangan tempatan mereka yang ditangkap Oktober lalu kerana menerbangkan dron melintasi ruang udara Parlimen.

Susulan itu, rakyat Singapura, Lau Hon Meng, dan Mok Choy Lin, dari Malaysia, yang bertugas dengan badan penyiar kebangsaan Turki, TRT, akan dibebaskan daripada tahanan bersama dua rakyat tempatan, penterjemah, Aung Naing Soe, serta pemandu Hla Tin, pada 5 Januari ini berikutan tempoh penjara dua bulan bagi kes lain – menerbangkan dron secara salah – selesai dijalankan.

Peguam mereka, Khin Maung Zaw berkata, pihak berkuasa menggugurkan tuduhan lebih serius terhadap anak guamnya, iaitu mengimport dron tanpa kebenaran selain kesalahan imigresen, selepas memutuskan pasukan itu tidak berniat mengancam keselamatan negara.

Katanya, pihak berkuasa juga mahu mengekalkan hubungan diplomatik baik dengan negara dua wartawan terbabit.

Dua wartawan dan penduduk tempatan berkenaan ditahan pada 27 Oktober lalu selepas cuba menerbangkan dron melintasi ruang udara kompleks Parlimen di ibu negara, Naypitaw.

Dalam kes berasingan, Rabu lalu, mahkamah melanjutkan penahanan reman dua wartawan Reuters yang akan dibicarakan pada 10 Januari ini kerana dituduh melanggar undang-undang rahsia rasmi.


Wa Lone dan Kyaw Soe Oo ditahan pada 12 Disember lalu kerana memperoleh ‘dokumen rahsia penting’ daripada dua polis. Dua polis itu bertugas di Rakhine, di mana tentera dituduh menyeksa dan menyasarkan penduduk Rohingya seterusnya menyebabkan lebih 630,000 golongan itu melarikan diri ke Bangladesh.

Mereka berdepan hukuman penjara 14 tahun. – Agensi/myMetro Online

Kategori