Sunday, January 19, 2025

Creating liberating content

Parti Pembangkang Di Sabah...

KINABATANGAN - Parti pembangkang di Sabah berjuang dengan berpaksikan emosi dan bukannya untuk...

Ali Hamsa Dipilih Semula...

PUTRAJAYA - Ketua Setiausaha Negara Malaysia Tan Sri Dr Ali Hamsa dipilih semula...

“Jika Ada Maruah, Guan...

KUALA LUMPUR - Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng didesak meletak jawatan sebagai...

6 Tulang Sah Milik...

Batu Pahat : Enam tulang ditemukan berhampiran rumah sewa terbiar di Kampung Batu...

Mahu Bantu BN Pada PRU, Azwan Ali Ingin Jumpa Najib

SELEPAS sindir isu penahanan anak saudara Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kali ini Azwan Ali tampil lebih berani.

Baca: Anak Saudara Dicekup SPRM, Azwan Ali ‘Perli’ Azmin?

Pelakon dan pengacara itu malah menegaskan dia sedia membantu Barisan Nasional (BN) untuk menjatuhkan pihak pembangkang terutama sekali kerajaan pakatan Selangor di bawah pimpinan Azmin sendiri.

Justeru, menurut Azwan, dia ingin bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razali Ibrahim bagi menjalankan misi tersebut.

Katanya, dia bahkan mempunyai banyak idea yang sebenarnya boleh ‘melumpuhkan’ kerajaan Selangor di bawah tampuk pemerintahan Azmin pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Saya ada sejuta idea untuk jahanamkan Azmin, seluruh Selangor. Bukan hanya di kerusi DUN Bukit Antarabangsa dan Parlimen Gombak yang diwakili Azmin,” katanya.

Sementara itu, Azwan turut mempunyai beberapa program yang mampu membantu kerajaan BN dalam usaha melawan jentera propaganda Azmin di negeri tersebut.

“Saya ada banyak program yang telah difikirkan yang Khairy (Jamaluddin) pun akan tersenyum di mana kita jahanamkan Azmin Ali dan seluruh Selangor. Silap-silap seluruh negara hancur,” ujarnya.


Tambah selebriti yang terkenal lantang bersuara ini lagi, dia sanggup turun padang ke tempat-tempat yang peluangnya agak tipis untuk calon BN demi membantu kerajaan Pusat.

Malah Azwan menjelaskan dia ingin membantu kerajaan Persekutuan diterajui UMNO dengan rela hati dengan tidak mengharapkan apa-apa balasan.

“Saya bersedia membantu. Soal bayaran saya tak minta. Kalau saya kata saya sanggup, memang saya sangggup,” tambahnya lagi. – MYNEWSHUB.CC

Kategori