Saturday, November 23, 2024

Creating liberating content

Projek HSR: PM Anwar...

KAJANG: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau baru sahaja menerima laporan...

Lebih 800 Stesen Shell...

KUALA LUMPUR - Lebih 800 stesen minyak Shell Malaysia di seluruh negara kembali...

Kemalangan Maut: Pemandu Lori...

SEREMBAN - Seorang pemandu treler yang terlibat dalam kemalangan maut meragut nyawa sepasang...

Lelaki India Selamatkan Wanita...

CHENNAI - Aura bintang terkenal India, Rajinikanth bukan hanya terserlah dalam lakonan tetapi...

WUF9 Jangka Tarik 25,000 Peserta Seluruh Dunia

PETALING JAYA – Kira-kira 25,000 peserta dari seluruh dunia dijangka menghadiri Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) yang dihoskan Malaysia dari 7 hingga 13 Feb 2018.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar berkata acara yang bakal berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) itu dijangka menjadi antara acara terbesar dianjurkan Malaysia tahun depan.

“Menerusi WUF9, perancangan dan pembangunan bandar yang lebih bersepadu serta urus tadbir dalam membina rantaian rakan pembangunan turut akan ditekankan dalam memastikan pengurusan bandar pada masa akan datang lebih baik dan efisien,” katanya.

Noh berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan ‘WUF9 Train’ di Stesen LRT Putra Heights di sini hari ini sebagai usaha mempromosikan penganjuran persidangan WUF9 bertema ‘Bandar 2030, Bandar Inklusif: Pelaksanaan Agenda Perbandaran Baharu’

Dalam pada itu, beliau berkata penganjuran WUF9 wajar dijadikan penggalak ke arah meningkatkan penggunaan pengangkutan awam di negara ini.


Ini selaras dengan temaWUF9 yang berkisar tentang pembangunan bandar yang mampan dengan sistem pengangkutan yang holistik, bersepadu dan kurang mengeluarkan karbon menjadi antara elemen penting, kata beliau. – BERNAMA

Kategori