KUALA LUMPUR – Syarikat minuman susu kultur probiotik, Yakult (Malaysia) Sdn. Bhd. menjadi penaja minuman probiotik rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selama tiga tahun bermula Januari 2018.
FAM dalam satu kenyataan di Facebook hari ini menyifatkan penajaan minuman probiotik itu sebagai ādurian runtuhā buat persatuan bola sepak tanah air.
“FAM mendapat ādurian runtuhā apabila menandatangani perjanjian penajaan dengan Yakult Malaysia yang menyaksikan Yakult menjadi minuman probiotik rasmi FAM selama tiga tahun bermula Januari 2018,” kata FAM.
Menurut FAM, perjanjian penajaan ini diumumkan oleh Presiden FAM, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Pengarah Urusan Yakult Malaysia, Hiroshi Hamada di Wisma FAM di Kelana Jaya hari ini. – Mynewshub.cc