WOW! Sebutir batu zamrud gergasi bernilai kira-kira AS$318 juta (RM1.3 bilion) ditemui di sebuah kawasan perlombongan di Brazil, kini disimpan di tempat rahsia dengan tahap keselamatan tinggi.
Media antarabangsa melaporkan, langkah berkenaan terpaksa dilakukan selepas pemilik batu itu mendedahkan dia hidup dalam penuh ketakutan ā ancaman diculik, peras ugut dan rompakan bersenjata ā gara-gara penemuan itu.
Lelaki yang hanya memperkenalkan dirinya sebagai FG berkata batu itu sangat bernilai tinggi kerana saiznya besar dan kualiti kristalnya malah memerlukan bantuan trak forklift untuk mengangkat batu yang sangat bernilai itu.
Zamrud gergasi seberat 360 kilogram dan berketinggian 1.3 meter itu dikeluarkan dari perut bumi baru-baru ini.Ā Ia ditemui di kedalaman 200 meter di kawasan perlombongan Carnaiba di Bahia, utara timur Brazil.
Pemilik yang berhati-hati itu berkata baru-baru ini: āSaya tidak dapat dedahkan apa-apa tentang tempat penyimpanan batu itu, bagaimana ia disimpan serta berapa harga yang saya bayar (untuk menyimpannya).
āApa yang saya boleh katakan batu itu dipindah secara kerap ke tempat selamat diiringi pengawal bersenjata.Ā Saya tidak boleh ambil sebarang risiko ke atas keluarga saya dengan simpan di satu tempat sahaja,ā kata FG lagi.
Difahamkan, sudah ada beberapa pembeli yang menunjukkan minat untuk membeli batu berkenaan kebanyakannya adalah golongan kaya dari rantau Timur Tengah.
FG berkata lagi: āBatu itu mempunya serpihan zamrud yang merata-rata. Kualitinya sangat bagus dan ia menjadi batu permata yang terbaik pernah saya jumpa dalam masa kira-kira 30 tahun bergiat dalam industri ini.”
Portal berita antarabangsa melaporkan, pakar permata pernah meramalkan batu berhias yang mengandungi kira-kira 180,000 karat kristal zamrud itu, sebenarnya boleh mencecah harga jualan sekitar AS$318 juta.
FG berkata, batu terbabit berjaya dikeluarkan oleh 10 orang pelombong tempatan dan masing-masing kemudian sudah dibayar supaya hanya dia menjadi pemilik tunggal permata tersebut.
Batu gergasi itu ditemui di kawasan perlombongan yang sama; hanya 100 meter; iaitu tempat batu Zamrud Bahia yang terkenal di seluruh dunia pernah ditemui 16 tahun lepas. ā Agensi/Mynewshub.cc/HAA