Monday, November 25, 2024

Creating liberating content

Subsidi Pekebun Kecil Kelapa...

KUALA LUMPUR – Penambahan subsidi bagi membantu pekebun kecil kelapa sawit telah dimohon...

Kantoi! Mahathir ‘U-Turn’ Jadi...

TERSERLAH... Akhirnya Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Tun Dr. Mahathir Mohamad yang belum disahkan...

Lohan Pakai Tudung, Cetus...

LOS ANGELES - Bintang Hollywood, Lindsay Lohan yang sering terpalit dengan kontroversi masalah...

Jabatan Peguam Negara Belum...

KUALA LUMPUR - Jabatan Peguam Negara masih belum menerima kertas siasatan daripada pihak...

1% Golongan Hartawan Terus Bolot Kekayaan

PARIS – Satu peratus golongan paling kaya di dunia meraih 82 peratus hasil kekayaan tahun lalu, manakala orang miskin atau separuh penduduk dunia tidak menerima apa-apa, kata Oxfam hari ini.

Laporan baharu badan kebajikan itu turut mendapati kekayaan kalangan hartawan meningkat enam kali lebih pantas berbanding pekerja biasa sejak 2010.

Selain itu, seorang hartawan baharu muncul setiap dua hari di antara Mac 2016 dan Mac 2017.

Oxfam menggunakan penemuannya untuk memberi gambaran terhadap ekonomi global yang menyaksikan segolongan kecil mengumpul lebih banyak kekayaan ketika ratusan juta penduduk berdepan kesukaran meneruskan hidup dengan gaji yang rendah.

“Lonjakan jumlah hartawan bukan petunjuk ekonomi yang baik, ia adalah gejala sistem ekonomi yang gagal,” kata pengarah eksekutif Oxfam, Winnie Byanyima dalam kenyataannya.

Oxfam juga menekankan nasib pekerja wanita yang mendapat gaji lebih rendah berbanding lelaki dan sering mendapat bayaran paling rendah serta tiada jaminan.


Katanya, sembilan daripada 10 hartawan adalah lelaki.

Laporan bertajuk “Reward Work, not Wealth”, menggunakan data Credit Suisse untuk membandingkan pulangan eksekutif kanan dan pemegang saham berbanding pekerja biasa.

Ia mendapati, bayaran ketua eksekutif lima jenama fesyen terkemuka dunia selama empat hari adalah sama dengan pendapatan sepanjang hayat seorang pekerja pakaian di Bangladesh. – AFP/BH ONLINE

Kategori