Monday, October 14, 2024

Creating liberating content

Perlis Lancar Pengakap Kanak-Kanak...

KANGAR - Perlis menjadi negeri pertama melancarkan pasukan 'Bee Scouts' yang terdiri daripada...

Mayat Wanita Singapura Lemas...

KEMAMAN – Mayat wanita warganegara Singapura yang lemas selepas menyertai aktiviti berkayak di...

Kadar Rt COVID-19 Bawah...

KUALA LUMPUR - Kadar kebolehjangkitan atau Rt di Malaysia ketika ini berada di...

Wujudkan Lebih Banyak Taman...

KUCHING - Semua pihak berkuasa tempatan disaran menimbang untuk mewujudkan lebih banyak taman...

13 Mati Serangan Bersenjata Di Senegal

DAKAR – Sekumpulan penyerang bersenjata menembak mati 13 orang dan mencederakan tujuh yang lain di sebuah kawasan hutan di Casamance, selatan Senegal, Sabtu.

Sehingga kini tiada pihak tampil mengaku bertanggungjawab atas serangan terhadap sekumpulan pencari kayu api berdekatan pekan Borofaye, kira-kira 10 kilometer dari sempadan Guinea Bissau itu.

Jurucakap tentera, Abdoul Ndiaye, berkata kawasan terbabit ialah kubu sebuah kumpulan pemberontak yang ditubuhkan pada 1982 iaitu salah satu daripada kumpulan pemberontak tertua di rantau Afrika.

Kumpulan dikenali sebagai Gerakan Pasukan Demokratik Casamance (MFDC) bergiat aktif di selatan Senegal yang terpisah daripada pemerintahan bahagian utara Gambia.

MDFC bagaimanapun, tidak lagi bergiat aktif ketika ini susulan gencatan senjata pada tahun 1984 namun begitu, banyak kawasan masih ditutup kerana terdedah kepada periuk api dan senjata berbahaya. – Reuters/BH ONLINE

Kategori