DUNGUN – Hujan lebat selama empat jam sejak malam tadi menyebabkan 17 mangsa daripada tujuh keluarga terpaksa ditempatkan ke pusat pemindahan sementara (PPS) di Surau Kampung Besol Lama di sini pada 1.10 pagi ini.
Pegawai Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Dungun, Mohd Naufal Yusoff berkata kesemua mangsa berada dalam keadaan yang baik di PPS itu dan diberi bantuan keperluan awal untuk mereka, malah bantuan makanan dan barangan lain juga masih mencukupi.
“Setakat ini, JKM Daerah Dungun dimaklumkan hanya kawasan ini sahaja dinaiki air setakat ini namun kami masih memantau keadaan di kawasan berisiko yang lain.
“Ketika ini sebahagian kawasan di daerah Dungun terutama di Hulu Dungun masih dilanda hujan lebat dan orang ramai dinasihat sentiasa berhati-hati dengan sebarang perubahan di sekitar kawasan mereka,” katanya. – BERNAMA