Sunday, October 27, 2024

Creating liberating content

SMK Tinggi Melaka Juara...

KUALA LUMPUR - Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Melaka hari ini muncul juara...

Pendidik Gigih Sebelah Tangan...

KUALA KRAI - Seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mengkebang di sini, yang...

Pikom Unjurkan Purata Gaji...

KUALA LUMPUR - Persatuan ICT Kebangsaan Malaysia (Pikom) mengunjurkan kenaikan sebanyak 7.4 peratus...

Ebby Yus Syukur Bakal...

LEGA... Seorang individu yang hanya mahu dikenali sebagai Syed bersedia untuk serahkan buah...

1MPAK Bukti Kerajaan Prihatin Isu Pengangguran

BERA – Kerajaan tidak pernah ‘memekakkan telinga’ dan ‘membutakan mata’ dengan masalah penggangguran yang berlaku dalam kalangan belia di negeri ini seperti tohmahan pembangkang.

Menteri Kemajuan Luar Bandar Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata sejak transformasi kerajaan dilaksanakan bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, sebanyak 2.6 juta peluang pekerjaan baharu telah diwujudkan untuk rakyat di negara ini.

“Baru-baru ini Tun Dr Mahathir Mohamad telah memberi komen mengatakan ramai belia di negara ini tidak mempunyai pekerjaan dan menganggap kerajaan tidak mempedulikan isu berkenaan.

“Sedangkan dari semasa ke semasa, pelbagai program diadakan untuk wujudkan peluang pekerjaan seperti Siri Inisiatif Melestari Pembangunan Komuniti (1MPAK), yang memberi perhatian khusus dalam menyediakan peluang kepada graduan terutama dari luar bandar.

“Inilah bezanya antara kerajaan dengan pembangkang yang hanya tahu mengkritik tetapi tidak pula memberikan sebarang jalan penyelesaian,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan dan melancarkan Program 1MPAK pertama di Dataran Kerayong di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi Kolej Poly-Tech Mara (KPTM) Datuk Ahamd Nazlan Idris dan Ketua Pengarah Mara Datuk Azhar Abdul Manaf.

Seramai 7,000 pengunjung dari sekitar daerah hadir pada program yang menyediakan pelbagai jenis aktiviti itu termasuk padanan kerja dan temuduga, program keusahawanan serta pendidikan.


Ismail Sabri berkata program 1MPAK yang dilaksanakan menerusi kementerian ini bersifat menyeluruh dengan sasaran mewujudkan 250,000 peluang pekerjaan dalam tempoh 10 tahun, sekali gus mengatasi masalah pengangguran dalam negara.

“Peluang pekerjaan bukan hanya diwujudkan melalui jawatan yang ditawarkan oleh syarikat-syarikat tetapi juga melalui bidang keusahawana dan kita menyediakan pelbagai bentuk bantuan informasi serta dana yang boleh membantu golongan ini.

“Sebagai permulaan program ini akan menjelajah ke 26 lokasi terpilih di seluruh negara hingga April ini dan ia akan disertai oleh 70 syarikat daripada industri perkhidmatan perniagaan, elektrikal, automotif dan aeroangkasa,” katanya.

Selain hadir sendiri pada program itu, graduan yang memiliki ijazah, diploma dan sijil juga boleh mendaftar secara dalam talian menerusi portal 1MPAK.my. – BERNAMA

Kategori