Saturday, November 30, 2024

Creating liberating content

Anwar ‘Time Over’ Apa?

KUALA LUMPUR - Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah...

Generasi Muda Mahu Harapan,...

MELAKA - Generasi muda mahukan harapan dan aspirasi mereka diberikan keutamaan dan didengar...

Hujan Batu Virus Korona...

MEXICO - Hujan batu menyerupai bentuk virus korona yang melanda negara itu dianggap...

PATI Cuba Samun Kedai...

TAWAU - Polis menahan seorang pendatang asing tanpa izin (PATI) yang cuba menyamun...

2 Helikopter Angkut 242 Pelajar Orang Asli Ke Sekolah

GUA MUSANG – Unit Udara Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berpangkalan di Subang, Selangor menyediakan dua helikopter bagi mengangkut keluar 242 pelajar Orang Asli yang terkandas di empat pos penempatan di pedalaman jajahan ini untuk dihantar ke sekolah di sekitar bandar ini.

Komander Pasukan Khas Unit Udara JBPM, Penguasa Bomba Cik Hamdan Hamzah berkata operasi  selama tiga hari bermula hari ini dilakukan berikutan laluan jalan darat ke perkampungan berkenaan rosak  akibat hujan musim tengkujuh.

“Dua buah helikopter yang digunakan itu membabitkan pesawat AW139 yang boleh memuatkan enam pelajar untuk satu penerbangan manakala helikopter A109E pula memuatkan 11 pelajar bagi satu penerbangan,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Cik Hamdan berkata hari ini, operasi bermula 10 pagi dengan tumpuan untuk mengangkut 77 pelajar di Pos Balar dan Pos Belatim dengan mengambil masa kira-kira 40 minit bagi satu penerbangan.

“Esok, penerbangan ke Pos Bihai mengambil 114 pelajar manakala pada 17 Jan ke Pos Gob untuk  mengambil 51 pelajar,” katanya.


Sementara itu, Timbalan Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (Jakoa) Kelantan, Azman Ngadiron berkata pelajar terbabit akan tinggal di asrama sekolah masing-masing.

Beliau berkata pihaknya menghargai kerjasama yang diberikan oleh pihak JBPM dalam usaha membolehkan anak-anak Orang Asli meneruskan persekolahan mereka. – BERNAMA

Kategori