Friday, October 25, 2024

Creating liberating content

Marah Dipecat PAS, Husam...

KUALA KANGSAR - Jika Tun Dr. Mahathir Mohamad dikecam Barisan Nasional (BN) kerana...

Pemandu, Kelindan Lori Cedera...

IPOH - Pemandu lori dan kelindan cedera apabila kenderaan itu berlanggar dengan sebuah...

Anggota Polis Ditahan, Gigit...

Baltimore - Seorang anggota polis ditahan selepas dia menyerang dan menggigit kemaluan seorang...

Kesedaran Potensi & Kehebatan...

KUALA LUMPUR - Kesedaran memperkasakan potensi dan kehebatan wakaf perlu diperluaskan bagi membantu...

2 Penyamun 3 Negeri Naik Mercedes Ditembak Mati

TUMPAS… Dua penjenayah berbahaya yang dipercayai terlibat dalam beberapa kes samun di Kuala Lumpur, Johor dan Selangor mati ditembak sepasukan polis di Melaka tengah hari Isnin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.45 tengah hari, mereka dikesan di Taman Seri Bayan menaiki kereta Mercedes-Benz E250 sebelum diarah berhenti oleh anggota Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (STAFOC) Bukit Aman.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintenden A. Asmadi Abd. Aziz berkata, kejadian berbalas tembakan berlaku apabila penjenayah ingkar terhadap arahan tersebut, malah memulakan tembakan ke arah anggota polis terbabit.

“Dua penjenayah mati di tempat kejadian dan siasatan awal mendapati terdapat sepucuk pistol, tiga butir peluru hidup dan satu kelongsong peluru,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian di Jalan Angkasanuri, Durian Tunggal.

Menurut A. Asmadi, siasatan lanjut sedang dijalankan dan kes itu kini disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan akan meneliti beberapa lagi kes lain yang dilakukan sebelum ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA


*Video bawah sekadar hiasan…

Kategori