KUALA LUMPUR – Dua lelaki yang direman selama tiga hari susulan kes kebakaran empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan Jabatan Kastam Diraja Malaysia di Putrajaya, minggu lalu, dibebaskan dengan jaminan polis.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, SAC Rusdi Mohd Isa yang mengesahkan perkara itu ketika dihubungi Bernama berkata kedua-dua mereka telah dibebaskan selepas urusan dokumentasi selesai pagi ini,
Kedua-dua lelaki itu ditahan Isnin lepas.
Dalam kejadian awal pagi 23 Jan lalu, empat kenderaan milik Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Nur Azman Mat Jini serta keluarganya yang diletakkan di hadapan kuarters kediaman beliau di Presint 11 terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat. – BERNAMA