Tuesday, January 21, 2025

Creating liberating content

Cuba Nasib, Taylor Swift...

PENYANYI Taylor Swift yang berpisah dengan Tom Hiddleston baru-baru ini dilaporkan menunjukkan minatnya...

Nurul Izzah Sokong Gesaan...

KUALA LUMPUR - Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar menyokong...

Angkasa Peruntuk RM4.8 Juta...

KUANTAN - Yayasan Angkasa memperuntukkan RM4.8 juta untuk kemudahan pembiayaan pinjaman pendidikan kepada...

Hujan Sederhana Lebat Di...

KUALA LUMPUR - Hujan yang kadangkala menjadi sederhana lebat di beberapa kawasan di...

2 Warga Emas Antara 14 Penagih Dadah Ditahan

PARIT BUNTAR – Dua warga emas berusia 68 dan 72 tahun antara 14 penagih dadah yang dicekup anggota penguatkuasa Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) daerah Kerian dalam satu serbuan di kawasan pasar lama Tanjung Piandang di sini, pagi tadi.

Ketua Penguatkuasa AADK Kerian, Shahrul Nizam Baharuddin berkata pihaknya menahan penagih terbabit dalam Ops Perangi Dadah Habis-Habisan di Pekan Tanjung Piandang yang bermula 6 hingga 11 pagi ini.

Beliau berkata ketika serbuan, kesemua penagih lelaki itu didapati sedang leka melepak di lokasi ‘port’ tumpuan kumpulan berkenaan yang sebelum ini pernah diserbu.

“Kesemua suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis morfin,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Shahrul Nizam berkata kesemua suspek kini direman selama 14 hari mulai hari ini, mengikut Seksyen 3 (1) Akta Penagihan Dadah (Pemulihan dan Pencegahan) 1983 pindaan 1998. – BERNAMA

Kategori